Sunday, December 10, 2017

" BAS TAK SEKOLAH " - APA TUE?



Hello semua,

Sekarang nie dimana-mana kita tengok bersepah " food truck " tapi yang nie agak berlainan sebab buku-buku dijual di dalam sebuah bas sekolah lama yang dinamakan " BAS TAK SEKOLAH ". 

So cool!!! I love the concept. Kedai Buku bergerak ini sangat rare. Aku rasa aku pernah jumpa perpustakaan bergerak. Kedai buku bergerak aku belum pernah jumpa lagi.

Aku terjumpa bas sekolah nie di SACC Mall di Shah Alam semasa aku pergi minum petang dengan mama. Kebetulan aku ternampak bas nie yang parking di dalam parking area SACC Mall.

Mula-mula aku ingat bas nie untuk jadikan sebagai satu props untuk event yang didakan di SACC Mall. Bila aku datang dekat, tanya dengan orang yang jaga bas tue. Dia cakap silalah masuk . Ini kedai buku.

Aku nie memang suka masuk kedai buku sebab aku nie gemar baca buku jugak. Hihihi. Bila aku masuk je , pergh memang suka konsep dalam bas nie. 

Masih ada tempat driver bas. Di area yang selalu ada tempat duduk dalam bas sekolah ia jadikan kawasan jual buku. Dan, di sudut kanan belakang bas ada satu tempat duduk. Boleh lah korang nak bergambar ke kan.



Bangsa Membaca , bangsa Melawan ... sebenarnya aku tak faham apa yang nak disampaikan .. hihi

aku tak sempat ambil gambar proper tempat duduk nie , aku screenshot je dari insta story... hihi ... jadi gambar tak terang lah ye

Buku-buku yang dijual di dalam bas nie , adalah buku-buku terbitan Thukul Cetak. Buku-buku Thukul Cetak semunya buku-buku independen dari pelbagai genre. Nak tahu lebih lanjut tentang Thukul Cetak , korang boleh layari atau singgah website nie : thukulcetak.com

masa aku nak snap area nie ramai orang. Jadi aku ambil gambar dari IG Thukul Cetak je 

Aku tanya kepada orang yang jaga bas tue. Berapa kos beli bas nie? Dia jawab , dalam RM 30,000. Terkejut dengar tapi bila fikir balik mahal jugak sebab bas sekolah lama. Barang-barang vintage kan selalunya mahal sebab barang limited , rare dan susah nak dapat pada zaman sekarang nie.

Bila aku masuk kedai buku jarang aku keluar dengan tangan kosong. Hahaha. Jadi, hasil tangkapan aku dari " BAS TAK SEKOLAH " adalah buku : SEOUL LOVE STORY - by Meliana Zaenudin dan ARE YOU TALKING ABOUT TRUST by Mislina Mustaffa .



Nanti bila aku dah habis baca dua buku nie , Insyaallah aku akan buat review ye. =D

Kalau korang nak baca lagi cerita tentang " BAS TAK SEKOLAH " boleh lah singgah blog : www.careta.my . Sebab blogger Careta ada interview owner of Thukul Cetak dan BAS TAK SEKOLAH.

Kalau korang ada berdekatan Shah Alam, singgah lah di SACC Mall sebab " BAS TAK SEKOLAH " berada di sana hingga hari Ahad , 10 Disember 2017 - orang yang jaga bas sekolah tue yang beritahu tadi.

Kalau korang nak beli buku-buku terbitan Thukul Cetak , korang boleh jugak dapatkan di Big Bad Wolf , MIECC The Mines . Big Bad Wolf adalah expo buku terbesar yang dibuka 24 jam sehingga 18 Disember 2017

Gambar dari IG Thukul Cetak

Gambar dari IG Thukul Cetak
Menarik kan? 

Jadi apa tunggu lagi, jom follow Thukul Cetak di :
Instagram : @ThukulCetak
Twitter : Thukul Cetak
Facebook :  Thukul Cetak

Dan, jom ikut ke manakah " BAS TAK SEKOLAH " akan pergi selepas SACC Mall. hihihi

Thank you for reading and don't stop reading all. <3





18 comments:

  1. wowow. my first time jugak tahu wujudnya bas jual bukuuu. hehe

    last time jumpa perpustakaan bergerak pun masa sekolah rendah. semangat membaca masa ni gigih buat projek nilam yg membaca tuu.

    actually at first i thought 'bas tak sekolah' tu title buku hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... dulu sebab ada projek nilam =)

      sama lah first time jugak nampak bas jual buku. creative idea nie =)

      Delete
  2. Wow! Such a unique concept. Best gila kedai buku macam ni :D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sgt menarik ... idea lain dari lain ...bas jual buku

      Delete
  4. Bestnya ada kedai buku macam ni.
    Statik kat situ je ke nadia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope dear. tak statik dkt satu tmpt je. Di SACC sampai 10 disember hari tue je. Next location Nadia pun tak pasti mana bas ni akan pergi . Kena follow IG thukul cetak kalau nak tahu lebih lanjut dear =)

      Delete
  5. i can sit inside the BAS TAK SEKOLAH for hours. omg i just love books.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... tapi panas sikit dear dalam bas ni ... hihihi

      Delete
  6. menarik konsep dia. plus nama 'Bas Tak Sekolah' tu pun dah rare dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe... mmg nama "BAS TAK SEKOLAH " tue je dah cukup untuk tarik perhatian kita =)

      Delete
  7. wah bestnya. salam kenal nadia..
    like your blog ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak. Thank you . I will follow your blog too =)

      Delete
  8. "Bangsa Membaca , bangsa Melawan" - people whom reads are those whom fights stupidity and enforce intelligence.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanisss~ Thank you <3 ... baru tahu itu ke maksud quote tue =)

      Delete
  9. Tq singgah Julia. Insyaallah ada masa nadia join ye =)

    ReplyDelete
  10. wow menarik...baru first time nampak truck buku gini...ingatkan ada food truck je ada,tapi dah lepas tarikh tu.huhu,kalau tahu awal confirm pergi,,nampak sangat menarik suasana di dalamnya

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .