Ok , untuk entry nie aku nak share sambungan dari trip #GengmakankePerhentian : Part 1 >>>> nak baca boleh click disini .
Dalam part 1 , aku dah share pasal plan kitaorang ke Pulau Perhentian , accomodation , package dan budgeting .
Part 2 nie , meh aku share apa kami buat sebaik saja kami jejak kaki di Pulau Perhentian .
Semestinya , mulut kami tak henti - henti cakap " Ya Allah cantiknya " . " Subhanallah , cantik nya !!!! Cantik !!!! Cantik !!! " . Sepanjang tiga hari tak terkira berapa banyak kali perkataan cantik keluar dari mulut kami . Hihihi .
Trip Perhentian nie , adalah pertama kali buat kami semua . Sebelum nie kitaorang berlima belum pernah ke Pulau Perhentian . =)
Dibawah nie itinerary kami untuk hari pertama :
Ha~ awalkan kitaorang gerak dari KL ? Sebabnya kami tak nak perjalanan kami kelam kabut . Dan kitaorang ingat , labor day jalan akan sesak . Tapi alhamdulillah tak sesak . Alhamdulillah dapat naik bot pukul 11:30am .
Details pasal boat transfer company , aku ada share dalam entry part 1 >>>> click disini
Gambar bawah nie , office company boat transfer tue .
Sampai saja di Pulau Perhentian . Speechless tengok kecantikan lautnya . Perkataan cantik je keluar .
Air lautnya sejernih - jernih nya . Cantik sungguh .!!!
Dalam entry Part 1 , aku ada share yang kami stay di Senja Bay . Details Senja Bay boleh baca dalam Part 1 . =D
View cantik sangat dari Senja Bay
Gambar bawah view dari bilik kami . =D
Lepas check in , rest kejap dan solat . Time for lunch .
Maaf tak sempat ambil gambar makanan . Sebab view laut lagi menarik perhatian mata . Dari cafe pun boleh nampak view yang cantik sangat .
Lepas lunch , tengok laut tue memanggil kami . Aku ada rules , lepas makan tak boleh mandi sebab nanti perut buncit . Tapiiiii~ di Perhentian tak pedulikan rules tue . Hahaha.... Cantik kot laut . Tak sabar nak terjun . Jadi kami mandi manda lah sekejap before hiking ke Windmill .
Gambar kami terapung nie di ambil oleh Tasha .
Gambar kami . ( ^ _ ^ )
Masa time makan tadi , kawan aku Syira si Project Manager for trip nie . Hihihi . Tanya pasal nak naik ke Windmill dengan pihak Senja Bay.
Kawan - kawan kami yang dah ke Pulau Perhentian suggest a must untuk naik ke atas sana . Sebab dorang kata view memang superb cantik sangat.
Dalam entry Part 1 , aku ada mention yang nak naik ke Windmill tak termasuk dalam package yang di bayar . Aku tak sure hotel or resort lain macam mana . Tapi untuk Senja Bay masa Syira tanya , tak perlu kami bayar apa - apa . Cuma time nak naik masa tue pihak Senja bagitahu adalah pukul 3:30pm sebab ada group lain nak ke atas jugak . Tak ada guide pun tak apa . Boleh naik sendiri sebab dah ada route nya . Tapi kitaorang nak ikut jugak group tue sebab kami berlima dan first time .
Masa nak naik ke atas dari Senja Bay mengambil masa dalam 40 minit .
Jalannya dari Senja Bay menuju ke arah Ombak Resort.Lalu lorong jalan dalam Ombak Resort tue .
* photo sources : Google * sebab lupa nak snap , haha
Ikut je jalan bersimen dalam Ombak Resort nanti korang akan jumpa Padi Dive Centre dalam Ombak Resort tue sebelah kanan .
*photo sources : Google lagi - gambar Ombak lupa nak snap ... Hihihi
Then , jalan straight je sampai tembus belakang resort tue . Akan jumpa Ewan's Restaurant .
If dah jumpa Ewan's Restaurant sebelah kanan korang. Betul lah tue . Jalan nak ke Windmill tue dah proper dah seperti gambar bawah nie . Tapi nie baru permulaan route ye .
Ikut je route bersimen nie . Tapi korang akan jumpa Long Beach dulu before hiking nak ke Windmill .
Bila dah nampak seperti gambar di bawah , maksudnya korang nak sampai Long Beach dah .
Muka mereka happy dah nak sampai Long Beach .
Bawah adalah gambar - gambar di sekitar Long Beach. Pasir Long Beach lembuttttt~ tapi ramai orang sangat di Long Beach .
Tapi lautnya tetap cantik . Cuma ramai orang lah .
Aku , hihihi ...
Dan , mereka ....
Korang jalan sepanjang pesisiran pantai Long Beach tue . Straight saja sampai jumpa kedai seperti gambar di bawah .
Lalu jalan antara kedai nie dan kawasan perkhemahan sebelah kiri seperti gambar di bawah . Dan korang akan nampak sign board tulis " Windmill : follow the electrical line " . Jumpa nie maksudnya betul lah tue .
Bawah adalah gambar - gambar route ke Windmill .
Dorang posing jap . Hihihi
Route nya tak susah tapi perlukan fitness jugak lah. Aku yang dah lama tak jogging penat jugak la rasanya.
Selepas 40 minit , akan terjumpa lah windmill .
Tapi bukan windwill nie saja kita nak tengok . View yang ditunggu - tunggu nak tengok selepas ini . Hihihi
Windmill nie di kelilingi pagar . Jadi kena pusing mengelilingi pagar sampai jumpa satu pondok. Di pondok nie lah akan nampak view Masyaallah . Cantik sangat .
Bawah tue ada satu lagi pondok . If rajin boleh turun sampai bawah . Tapi hati-hati ye . Tangga yang nak turun ke jetty bawah tue , dah berkarat dan banyak yang dah berlubang . Jadi , bila melangkah tue lihat bawah bukan depan ye . Even view cantik sangat .
Gambar bawah adalah pondok kedua .
Sebelum kami berempat turun ke pondok kedua . Kami ambil gambar berlima . Sebab Hanis tak nak turun .
Tangga menuju ke pondok kedua .
Di pondok kedua , Tasha dan Siqah berhenti di situ . Aku dan Syira kami teruskan menuju ke Jetty bawah . Sebab kan teruja tengok laut yang cantik tue aku dan Syira gagahkan jua .
Di Pondok kedua , kami ambil beberapa gambar . Meh layan jap .
Aku : I can seat here , for a whole day to see this beautiful view . Subhanallah cantik !!! Tapi takut jugak sebenarnya duduk disitu . Angin kuat . Hihi.
Gambar di bawah turn Tasha pulak .
Kami berempat .
Jom kita ke Jetty pulak . Jauh lagi perjalanan .
Gambar bawah adalah tangga menuju ke Jetty . Nampak tak view dah semakin dekat . Hiiii~
Gambar di bawah : Jetty yang telah roboh . Hihihi. Tapi boleh je turun sampai ke jetty . Tapi berhati - hati lah ye .
Aku stop lagi ambil gambar ala-ala menikmati view . Best sangat !!!!
Kena lalu disebalik bushes nie if nak ke bawah .
Menuju ke kecantikan alam . In frame : Syira .
Lepas dah melepasi bushes tadi ada tangga lagi nak ke bawah . Dari tembus bushes tue sampai lah ke tangga dalam gambar di bawah mencabar sangat . Seriously banyak part yang berlubang dannnnn paling scary rasa lah ia goyang . Sebab angin kuat kan .
Nampak tak lubang - lubang dalam gambar tue . Hihi .
Setelah melangkah beberapa lubang ambil gambar duduk pulak. Effect karat dalam gambar membuatkan gambar jadi cantik pulak .
Then jumpa side nie . Syira in frame dulu .
Aku pulak . Hahaha . Fefeling dekat overseas sebab view dan color lautnya . Subhanallah cantik .
Cantik sangat view !!!!
Dah nampak dah jetty tue . Nampak tak orang - orang tue siap main terjun dari atas tue .
Puas hati jugak lah dapat turun sampai bawah dan tengok view cantik nie .
Lastly , kitaorang tak sempat ke jetty sebab dah di panggil . Hihihi . Time tue dah pukul 5 pm . Guide tue bagitahu if lambat takut makin gelap . Siqah dah call.
Ha~ nie selfie last aku dan Syira di sini . Sebelum naik balik . Dah turun best . Bila nak naik . Pheeewww~ penat weiiiii....seriously . Hahaha. Tapi nampak view matahari senja cantik . !!!
Ha ~ amik kena daki balik naik atas . Hihihi .
Jalan nak balik sama je dengan jalan datang tadi . Advise aku , nak datang hiking di windmill bawak lah air mineral sorang satu ye . Serious haus sangat .
Dah hiking turun bawah . Kitaorang serbu kedai makan di Long beach tadi . Sedapppp~ even mahal sikit lah . Biasa lah pulau kan mahal la sikit makanan nya .
Aku suka sangat sangat air kelapa pure.
Lepas dah lepak makan dan minum . Gerak lah balik ke Senja Bay .
Sempai je ke area Senja Bay . Dah sunset . Jadi layan lah sunset kejap before naik bilik bersihkan diri . Cantik!!!
View bawah dari bilik kitaorang . Cantik kan !!!!
Lepas dah bersihkan diri . Solat . Time for dinner . Lepak-lepak di cafe . Around 10pm , kitaorang naik bilik dan beradu .
Esoknya . Snorkeling time !!!! Tak sabar nak share story Day 2 .
Ok. Tamat sudah Part 2 : Itinerary Day 1 kami di Perhentian . Hari yang best sebab semuanya cantik!!!!
Hopefully , entry aku ada bantu bagi info untuk sesiapa yang nak ke Perhentian nanti. Tq for reading .
Stay tune untuk entry seterusnya . Till then .
Love ,
NIA
* p/s : semua gambar dari hp kami berlima , kecuali gambar ombak resort dari Google . *
Sekali imbas macam kat ausie lak... Hu hu hu...
ReplyDeleteAmboi SS , aussie trus ye ... Hihihi ....nia tak pernah g aussie lagi , tapi tgk gmbr view laut cantik area melbourne kan ?
DeleteRindunya perhentian! Labor day selalu full sbb tu xdapat g taun ni
ReplyDeleteAah kan... Nie pun kitaorang last person dpt stay di senja , pdhal masa tue book bulan 2 ... Tapi alhmadulillah area senja tak la crowded sgt mcm kmpg nelayan , so best lah rasa =)
DeleteRindunyaaaa! Tengok gambar rindu, rasa nak terjah lagi next year. Hew hew hew :D
ReplyDeleteTahun nie kita terjah Redang pulak yank =)
DeleteCantiknya, cantiknya, cantiknyaaa, after tengok windmill tu mmg lagi lagila nak pergi. I love islands too much!
ReplyDeleteAah view dari atas windmill tersgt cantik !!! <3
DeleteKannn pulau best kan . View best . Berenang best.