Apa aktiviti hari ahad korang? Aktiviti aku pada hari ini adalah terbang bersama nenek ( mak arwah ayah ku) aku ke Penang . Adik perempuan aku pun terbang bersama.
Dua minggu yang lalu aku dan Mama ambil nenek di Penang . Kami ke Penang naik kereta . Stay satu hari di Penang dan balik esoknya . Masyaallah . Tersangat lah penat . Nenek aku pula susah sikit nak berjalan sebab kaki nya dah tak kuat . Nenek kena naik wheel chair . If jalan dekat saja , nenek boleh jalan pakai tongkat . Even ada tongkat , agak susah sikit untuk nenek nak jalan travel dan ke tandas .
Dua minggu dah berlalu. Nenek nak balik Penang, sebab urusan di KL sudah selesai.
Jadi , hari nie aku dan adik perempuan ku volunteer untuk hantar nenek pulang ke Penang.
Dan, mama bagi suggestion . Apakata hantar naik kapal terbang. Sebab tak ada orang nak drive ke Penang dan jika balik sehari . Penat !!! If naik kapal terbang 45 minit sekejap je dah sampai .
Luckily , nenek aku agree untuk naik kapal terbang .
Disebabkan ini adalah pertama kali nenek aku naik kapal terbang. Meh aku share sikit info dari pengalaman aku terbang bersama nenek yang menggunakan wheelchair . Mungkin info nie boleh jugak digunakan oleh korang yang nak terbang bersama disable person .
Antara info nya adalah :
1) Masa nak beli tiket , jika korang tak ada wheelchair tapi memerlukan wheelchair pastikan korang klik wheelchair assistance . Sebab , wheelchair assistance kena pre-book . Limited katanya. Bila korang dah pre-book , nama passenger akan tertera dalam list nama yang memerlukan wheelchair .
Aku tak tahu tentang kena pre-book, jadi aku tak klik wheelchair assistance tue . Apa yang terjadi kepada kami, ? kerana gara-gara aku tak klik assistance tue kan. Sila sambung baca di bawah. Hihihi .
2) Jika korang ada wheelchair sendiri ( macam nenek aku ) . Aku sampai saja di airport . Tanya di kaunter pertanyaan dimana kaunter untuk dapatkan wheelchair. Macam aku , pihak bertugas memberitahu aku ke kaunter V16 .
3) Di kaunter V16 , sebabkan aku tak klik wheelchair assistance . Petugas akan key in nama passenger yang bawak wheelchair sendiri . Dan tag wheelchair akan diberi. Macam mana bentuk tag ? Rupa tag nya sama macam bila kita nak check in luggage . Reference paper akan ditampal pada boarding pass. Then , petugas di check in kaunter akan send email , memberitahu petugas di dalam nama passenger yang bawak wheelchair .
Tapi aku tak pasti boleh ke tidak dapatkan tag wheelchair secara online sebelum terbang untuk passengers yang sudah ada wheelchair . Kena check di website Air Asia balik ye .
Sorry . Entry kali nie tak banyak gambar . Tak sempat nak snap gambar kaunter wheelchair . =(
Tag reference bawah adalah tag diberi sebelum masuk kastam . Di check in kaunter . Tag reference atas adalah masa nak naik kapal terbang .
4) Bila dah dapat tag tue , petugas akan tampal pada wheelchair nenek. Di pintu masuk untuk naik kapal terbang , passenger yang naik wheelchair akan diberi priority .
Senang kan ? Sebabkan nenek aku tak larat nak jalan . Jadi , masa beli tiket . Aku dah pilih hot seat . Dekat dengan pintu kapal terbang . Seat 2A,B dan C .
Semua pramugara dan pramugari dalam kapal terbang yang kami naik sangat helpful. Terima kasih sangat.
Pada pendapat aku dan adik aku . Kami merasakan kemudahan yang disediakan oleh pihak KLIA 2 dan Air Asia sangat user friendly untuk passenger yang memerlukan wheelchair atau disable.
Mengapa aku berkata begitu ? Sebab , urusan kami tadi pagi berjalan dengan lancar Alhamdulillah .
Kami telah pun sampai di Penang.
Itu sahaja info yang aku mahu kongsi mengikut pengalaman aku hari nie .
Jika ada aku tersilap dimana-mana , sila tinggalkan komen . Atau jika ada penambahan info , sila tinggalkan komen jugak . Hihihi
Lain orang lain pengalaman nya kan .
Alhamdulillah terbang bersama nenek sangat senang. Nenek juga bukan jenis banyak mengomel .
Cuma dia kata : " Tunggu lama na , kami nak naik kapal terbang . Tapi sat saja dah sampai Penang . " hihihi.
Itu saja entry aku kali nie . Jumpa lagi dalam next post dan seterusnya . Hihihi .
Untuk akhiri entry nie , aku sertakan video awan dan langit masa on the way to Penang . Walaupun sekejap masa perjalanan tapi aku akan jadi jakun bila naik kapal terbang nampak langit dan awan . Mesti nak ambil gambar dan video .
Jadi , sini aku share video pendek , view awan dan langit serta Penang dari atas . Cantik sangat .
Till then . Have a nice day .
Love ,
NIA
Terima kasih berkongsi pengalaman ya..
ReplyDeleteSama-sama kak PC ... Tapi jika ada kekurangan di mana-mana sorry ye =)
Deleteinformative :) useful knowledge. oo, nenek Nadia orang penang noo. sronoknya cheq dengaq :)
ReplyDeleteHihihi... Tq Mek, aah nenek orng Penang. =)
DeleteGood sharing.. Kirim Salam kat nenek naa...
ReplyDeleteBtw, you r selected...
http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/08/top-commentators-july-2016.html
Tq cik La ... Insyallah nnt nadia kim salam pada nenek ... Btw, tq again select Nadia as cik La july commentstors =)
DeleteAlhamdulillah..bgusla semuanya dpudahkan..
ReplyDeleteayh yaya pon guna wheelchair..pasni klo nk naik flight guna wchair mmg xde mslh la kan..
xpernah lagi naik bwa ayh yg skrng guna wchair..em..nk bwa ayh jnjalan ='(
Insyaallah . Niat Yaya nak bawak ayah jalan pasti nanti Allah permudahkan... Alhamdulillah , semua di klia 2 user friendly untuk org wheelchair dan disabled . =)
DeleteSalam sis, kalau pakai wheelchair airasia, kita still kena naik tangga utk masuk ke dalam pesawat kan? Nenek sis masih boleh naik tangga ke? Tq sis atas informasi.
ReplyDeleteWsalam dear . If airport di negeri lain tak salah saya mmg kena naik tangga . If airport klia2 tak pyh naik tangga dah mmg trus ke pintu airplane .
DeleteNenek saya sbnrnya agak susah jugak nak naik tngga tapi atas bantuan crew airplane alhmadulillah nenek naik slow2 and saya mmg beli seat hot seat dkt dgn pintu nenek tak pyh jln lagi ke belakang =)
Kiranya wheelchair yg kita bawak tu di-check-in masuk kargo la ea?
ReplyDeletehanisamanina.com
Salam..ayah sya xde kaki kedua2 nya..boleh ke naik pesawat?dia nk brjalan mmg x boleh la..
ReplyDeletewaalaikummusalam , sorry for the late reply. I'll try to reply yr comment the other day using handphone . But, take Tahu why tak appear. Now, only I have time to open my laptop and reply.
DeleteAbout this, saya rasa tak ada masalah if awak nak bawak ayah awak naik pesawat . As from my experienced, nenek Saya pun tak kuat nak berdiri and all the ground staff and pramugara and pramugari also really helpful. But, if awak nak lebih confirm better call pihak AirAsia and inform about your father condition and maybe they have more details about it. =) . Hope my reply help you a little bit .