Friday, April 29, 2016

Spring Korea Trip - Day 3 : Apgujeong Rodeo - Kpop or Cherry Blossom ?



Hello  semua ,

Korang dah baca entry aku untuk Spring Korea Trip 2016 day 1 dan day 2 tak? =) . If belum baca , boleh click di >>>> Day 1  & Day 2 .

Terima kasih semua sebab singgah dan baca . =) 

Untuk entry nie aku nak sambung pulak cerita Spring Korea trip 2016 day 3 kitaorang . 

Kemana kah arah tuju kami? Hihihi...

BREAKFAST - EHWA UNIVERSITY AREA

Untuk day 3 nie ,  plan utama kitaorang nak hunting artist k-pop . Hahaha. Umur dah lanjut , nampak tak kitaorang budget muda . =p  . 

Sebenarnya saja suka-suka . Walaupun tak lah die hard fan sangat . Tapi adalah dengar lagu-lagu dari CN Blue , EXO . 2NE1 , APink , Big Bang , etc . Layan sikit-sikit je . Sebab , aku dan Hanis more into korean drama.

Tapi , sebelum ke misi mengejar oppa . Kitaorang breakfast di Alchon ( details kedai ada dalam entry day 1  >>> click here ) pagi tue . Dan minum air strawberry blended kegemaran #gengmakankekorea. 



Reason kitaorang serbu kedai Alchon dan strawberry blended pagi buta ( tak lah pagi sangat - kedai buka pukul 10 am  =p ),  sebabnya day 4 kitaorang dah ke Busan . Kena makan makanan apa yang tidak ada di Busan . Hihihi . 

Lepas makan . On the way , kitaorang nak ke bus stop ternampak satu area dekat jugak dengan jalan nak ke guesthouse . Kawasan penuh dengan pokok cherry blossom . Dan , bunganya sangat lah lebat . Cantik!!!! 

Apa lagi bila nampak bunga ?? Bergambar lah kan. Hihihi. Dekat 30 - 45 minit jugak lah kitaorang singgah situ bergambar . 

Meh layan gambar kitaorang bersama bunga kejap . Gambar banyak , aku share sikit je lah ye . Kang panjang sangat pulak entry nie . =p










SEOUL STATION 

Lepas dah ada kesedaran yang kitaorang spent time dah lama sangat di situ . Hahaha. 

Kitaorang heading to bus stop untuk ke Seoul Station. Ke Seoul station kitaorang naik bus no 7011 . 

*bila di negara orang , gambar di bus stop pun nak amik ... Hahaha*


Buat apa kitaorang ke Seoul Station ? Hihihi....


Sebenarnya, pengangkutan kitaorang ke Busan adalah dengan menaiki Mugunghwa Train ( details pasal train nanti aku story di day 4 ye )  . 

Tiket train nie kitaorang dah beli awal - awal dari Malaysia , supaya tak kelam - kabut bila dah sampai di Korea . Beli tiket online saja . Jadi , kitaorang ke Seoul Station untuk collect tiket train sahaja . 

Lepas dah collect kitaorang survey bangunan Seoul Station tue mana gate departures . Mana tempat makan. Mana toilet , etc . Supaya , next day tak ada lah kitaorang macam tercari-cari. 

Dah habis survey , kitaorang gerak ke Apgujeong Rodeo , hunting for K-pop artist dengan menaiki subway . 

APGUJEONG RODEO - KPOP HUNTING

Mostly , company yang produce artist k-pop semua terletak di Apgujeong , Gangnam . 

Bila kitaorang sampai di area Apgujeong Rodeo , rasa terlalu tenang keadaan sekelilingnya . Berbeza lah dengan dgn Ehwa , Myeongdong , Sinchon , Nandaemun , etc . Sibuk dan ramai orang . Ye lah , mostly kawasan tue semua tempat tumpuan pelancong . =)

Mungkin kawasan di Apgujeong Rodeo lebih tenang sebab ia adalah kawasan golongan elite dan sini sejuk sikit dari Myeongdong . 

Ini senarai nama-nama company yang terletak di Apgujeong :
- Cube Entertainment
- FNC Entrrtainment
- SM Entertainment
- JYP Entertainment
- BH Entertainment 

Direction nak ke Apgujeong : 
Sebabkan kitaorang dari Seoul station , jadi nak ke Apgujeong Rodeo macam jauh jugak lah . Kitaorang naik subway dari Seoul station ( line biru cair ) ke Dongdaemun History and culture Park Station . Di Dongdaemun History and Culture Park Station ( line hijau ) naik subway ke station Wangsimni ( line kuning ) . 

Di Wangsimni naik subway heading to Apgujeong Rodeo Station . Jangan tersalah stop di Station Apgujeong pulak ye . If salah , alamat nya jauh lah . =)



Dah sampai di Apguejong Rodeo Station , exit no 3. 



Dah exit subway , korang akan nampak seberang jalan sebelah kiri korang kedai macam gambar bawah nie . Namanya " the Galleria" .  



Then , korang jalan straight sampai hujung jalan jumpa 4 junction yang besar , which is sebelah kanan korang kedai Burberry. Korang cross jalan ke seberang jalan sebelah kiri korang  . 



Then , jalan straight sampai jumpa kedai Baskin Robin . Kiranya macam korang akan mengadap Baskin Robin tue and sebelah kiri korang ada lorong dan di dinding lorong tue ada sign macam gambar bawah nie . 





Bila dah jumpa , map " K-star Road " , maksudnya dah betul lah tue . Sebabkan kitaorang bukan die hard fan , kami pergi visit tiga company je - JYP , FNC dan SM entertainment . 


JYP ENTERTAINMENT

Dari jalan yang ada map k-star road tue , korang jalan straight je sampai jumpa Y junction . Dan sebelah kiri korang kedai Dunkin Donut . Depan Dunkin Donut tue terpampang bangunan JYP . Hiks

 

Dalam gambar atas korang nampak tak ada orang-orang diri ? Dorang tue lah die hard fan sanggup tunggu depan setiap company punya entrance semata-mata nak jumpa artist kesayangan mereka dan bagi hadiah . Sebegitu obses dorang. Hmmm....

 


FNC ENTERTAINMENT

Dari JYP ( makesure JYP sebelah bahu kanan korang ) , korang jalan terus sampai jumpa satu junction yang ada kedai convenience store nama c4u dan kedai chicken DOO . Macam gambar bawah nie . 



 

Nampak tak kereta gray dan putih tue ? Nak ke FNC ikut lorong ke kanan yang macam dua kereta tue heading to . 

Dari kedai tue jalan terus je . Sampai jumpa guesthouse MU:A guesthouse sebelah kanan korang . 

 

Route ke FNC sebelum jumpa MU:A guesthouse tue , kitaorang terjumpa lah pokok cherry blossom dan magnolia putih . Cantik sangat!!!! 

 

 

Sebelah MU:A Guesthouse tue akan ada satu lorong kecil sebelah kanan menuju ke belakang . Lorong tue bukan ke FNC tapi ke arah pokok bunga magnolia pink pulak  Hahaha . Ternampak dengan tak sengaja nya . Hiks . 

Terus misi kejar oppa  , jadi misi mencari cherry blossom dan magnolia . For me , bunga-bunga tue lagi menarik perhatian at that time . Hahaha. Dah jumpa bunga , kita buat apaaaa?? Of course lah bergambar . 

 

 Cantik kannnnn~ ??? 

 
Pokok magnolia nie tinggi . Hiks.




Lawakan??.. Kitaorang pun rasa macam nak nangis tengok . Rasa tak nak balik pun ada ... Hahaha...

Dari lorong tue , selang satu bangunan sebelah kanan adalah FNC entertainment . Nampak lah terpampang besar poster CN Blue album terbaru dorang .

 

Aku sorang je yang bergambar depan FNC gate. Atleast ada bukti dah sampai . Hahaha.

 

If nanti korang datang Korea , tengah dalam misi mencari k-pop company nie korang sesat . If tak sure ke kan . Korang nampak je depan gate satu bangunan tue ramai orang tunggu sambil berdiri . Tue confirm lah company k-pop tue . Macam gambar bawah nie ha . Hihihi . 

 


SM ENTERTAINMENT

Next , ke SM pulak . Dari FNC nie korang jalan je terus sampai jumpa jalan besar . Seberang jalan besar tue ada taman . Dah jumpa tue , belok kanan . Dalam 3 - 4 blok bangunan . Tadaaaa~ korang akan jumpa la bangunan SM Entertainment . 

 

Tapi sini tak ada orang tunggu lak mcm JPY dan FNC . Mungkin sebab SM entertainment ada dorang punya SM Town yang open to public . Nak ke SM Town jangan tanya .hahaha. Sebab kitaorang tak pergi SM Town . Malas . Penat dah . Lapar . Hihihi . 

Masa nak balik ke subway . Sebab kan kitaorang google map dari SM Entertainment ke subway . Jadinya , kitaorang lalu jalan lain . Dan terjumpa satu pathway yang cantik sangat . 

Dipenuhi dengan Cherry Blossom . Serious lawa . Speechless . 


 


 

 

Dari Apgujeong Rodeo , kitaorang balik guesthouse solat dan bersihkan diri . Then, time for dinner . Yeay !!

DINNER - GOSAMI

Untuk dinner , sebabkan hari kedua tak dapat makan di Gosami. Hari ketiga kitaorang try luck pergi jugak. Sebab memang kena makan sebelum gerak Busan . Alhamdulillah . Kedai tue buka masa kitaorang datang kali kedua .


Direction to Gosami :
Nak ke Gosami nie , naik subway turun di Sinchon Station . Exit no 2 . Kitaorang agak sesat nak cari kedai nie. Berpusing - pusing jugak lah . Sebab pergi sekali saja dengan tourist guide last year 2015 . Mana nak ingat kan . 

If nak more details direction , boleh visit this one indonesia blogger >>> click here . or boleh la pakai google map letak alamat tempat nie : 53-8 Changcheon-dong, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea

Insyaallah jumpa .

 

 

 Kedainya biasa je . Sempoi . Makanan rasa terbaik . 

 


Yang paling mengancam , sotong sambal nya dan ikan bakar makarel nya . Perghhhh ~ lembut dan sedapppp. 

 

Tengok gambar je korang dah terliurr tak? Hihihi...Jadi, if korang ke Seoul. Seriously, kedai nie mesti kena datang makan ok. =) . 

Alhamdulillah , rezeki malam tue di Gosami . Dengan itu , berakhir lah day 3 kami . 

Conclusion, misi mencari cherry blossom rupanya day 3 kami instead of K-Pop hunting . 

It was a great experience. Searching and get lost . Especially , bila perut dah lapar . Tahap kesabaran makin berkurang bila kedai makan yang nak makan tak jumpa . But , after all it was a great memories and part of learning process too . 

so , on day 4 . We are heading to Busan . Busan kitaorang tak visit last year . Jadi , di Busan memang kitaorang kena explore sendiri tempatnya dan makanan nya . 

Aku ada buat short video footage untuk aku akhiri entry day 3 kami.  =) . 


Video biasa dan singkat je tapi hope korang terhibur . =)

Stay tune for our Day 4 . Apa yang akan kitaorang explore di Busan ye?

Till then . Thank you singgah dan baca . =)


Love ,
    NIA

15 comments:

  1. Semua cantik, geram tengok:) pandai posing si manis ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan bunga tue =) . High 5 sikit . Posing acah - acah je tue . Hiks . And tq =)

      Delete
  2. indah...
    skang kat sini pun byk pokok kuarkan bunga ala sakura ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Malaysia ada bunga mcm sakura . Tak salah nadia dkt utara kan? Kedah ke penang . =)

      Delete
  3. Huwaaaa..cidappp nyer strawberry blnded tu..Kena pulak time panas cenggini kat Malaysia, perghhh heaven sangat.. ^^,

    Hunting K-Pop korea nia?? K-Drama pergi jugak x?? Minat K-Drama. Best nye kalau dapat jumpe dorang..Hehe..

    Seriously, cherry blossom mmg nmpk cantik gile! Rasa mcm duk kat sne lak bile tgok gmbr Nia..

    Sedapnye sotong tu..nmpak menyelerakan..Omnomnommmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainnnn~ tq selalu singgah ... Aah strawberrry tue mmg sedap , bukan time panas je sedap minum time sejuk lagi sedap , serious . Hihihi ... K-drama tak sempat g ... Nia suka K-drama lagi jugak dari K-pop .... Hihihi... Sgt cantik bunga2 tue tak tahu nak describe nya mcm mana ... Insyaallah , if ada rezeki nnt Ain dtg la visit Korea . Best !!!! =)

      Delete
  4. best nye dapat g sume agensi tu. kenapa la i xjmpe blog u awal sbb i sesat kat apgujeong tu. dapat pergi sm ent. je,haish.
    tengok makanan tu sedapnyeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... plan nya mmg nak gie semua agensi tue . Tapi end up lagi attracted to all the flowers . Tapi satu tempat je tak gie SM Town tue.

      seriously , memang kitaorang ada sesat jugak masa nak cari tempat ke sini . =)

      Delete
    2. eh lupa pulak , aah makanan tue mmg sedap . masa 1st time datang tourist guide yang bawak ke sini . Tue yang 2nd time dtg Korea terjah lagi ke kedai nie . =)

      Delete
    3. next time i boleh la refer post u, mne la tau kan hehe
      btw, tq!

      Delete
    4. boleh2 je , refer my post as a reference . Tersangat happy if dayana do that . hihihi =)

      Tapi , maaf lah ye if ada mana-mana yang terkurang

      Delete
  5. Hari tu tak sempat pergi Gosami. Next time nak try sebab baca ramai sangat orang kata makanan kat Gosami sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah nmg sedap and pedas . Nadia mmg suka makanan pedas <3

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .