Friday, June 3, 2016

Gengmakan ke Pulau Perhentian : Part 4 - Sunset and Goodbye Perhentian

Hi,

Ok nie sambungan dari entry sebelum nie : Part 3 - Snorkeling time >>> click disini untuk baca =D

Dalam entry sebelum , selepas kami sampai di Senja . Kami rehat , solat dan bersihkan diri sementara menunggu Bakri our boat man datang ambil kami untuk menikmati sunset di Romantic Beach dan Windmill . 

Jom baca apa yang terjadi . Hihihi 

Sunset di Romantic Beach dan Windmill
Pukul 5:30pm . Bakri call aku katanya dah sampai di Senja untuk bawak kami ke Romantic beach dan Windmill .

Disebabkan Romantic Beach tak jauh dari Senja . Jadi, Bakri bawak kami ke Windmill dulu . 

Bila naik saja boat . Ada beberapa perkara yang aku rasa serba salah sangat sebab request ke Windmill dengan boat : 

1) No life jacket sebab it's an own request " at own risk". Lebih kurang macam tue lah .

2) Petang tue ombak kuat sangat .

3) Boat kecil - sebab boat milik sendiri boat man .

Kami tak tahu pada petang itu ombak kuat sangat masa perjalanan kami nak ke Windmill . Kuasa Allah siapa sangka kan . Tapi aku sangat marah jugak dengan Bakri sebab no life jacket provided . Rupanya baru tahu if request macam tue maksudnya memang naik boat milik sendiri boatman . Ye lah kami semua pertama kali kan ke Pulau Perhentian mana lah tahu.

Masa tue aku dah tersangat risau dengan kawan - kawan aku . Nampak di riak wajah mereka risau dan takut . Yelah , tak ada life jacket dan mereka tak tahu berenang . Aku yang reti berenang nie pun takot dengan keadaan masa tue . 

Tapi tengok muka our boat man . Rilek je . Macam dah biasa dengan keadaan ombak kuat tue . Masyaallah . Paling takut bila ombak datang, boat melonjak tinggi . Rasa nak terbalik boat pun ada . Takut wei !!!! Masa itu Allah je tahu perasaan serba salah aku . Dan perasaan kawan-kawan aku . Kami semua Istighfar supaya lindungi kami . 

Bila sampai di Windmill . Aku dan Syira , mula - mula nak turun ke jetty roboh tue . Tapi , tak jadi sebab ombak kuat dan Bakri cakap macam bahaya . So tak jadi lah . 

Jadi , snap gambar di situ . Nampak lah mahatari cantik . Rupanya baru tahu view dari depan nie tak nampak apa sangat . Jadi conclusion nya . Hiking je lah nak ke windmill . No need naik boat . Hihihi .

Dalam gambar nampak tak jetty roboh 

 


 View windmill dari bawah 
 

 

Bila nak gerak ke Romantic Beach . Kami semua dah risau balik untuk harungi ombak yang kuat sekali lagi. Tapi,  alhamdulillah kami selamat . 

Tapi dalam perjalanan itu . View mahatari cantik . Dan langit jugak cantik .  Meh layan beberapa gambar . 

 

 

 

Mereka
 

Sebelum sampai di Romantic Beach . Kami berhenti di satu pulau yang kecil . Pulau nie cantik batu-batu nya . Dan kami bergambar sebentar . Hihihi . 

 

Nie lah pulau yang kecil yang batu - batunya cantik 
 

 

Kami - versi bayang saja =p
 

Kami . - versi terang . Hihihi
 

Dan beberapa shot gambar bersama matahari - time nie pun dah nak dekat sunset dah . Jadi effect gambar pun jadi lawa jugak 
 

 

 

Lepas bergambar . Kami ke Romantic Beach . Jom layan beberapa gambar kami menikmati Sunset di Romantic Beach.

Pasir nya putih sangat dan lembut di Romantic Beach 
 

Aku suka gambar aku yang di snap oleh Siqah nie . Hihihi. Batu karang yang digantung dijadikan sebagai props . Hihi
 

Kami . JUMP !!!!  Putih kan pasirnya.

 


 

 

Gambar favourite kami yang pertama 
 

Gambar favourite kami yang kedua 
 

Dah bergambar sakan . Time to go home . Pulang ke Senja Bay . Layan sunset di Senja Bay pulak . Petang tue cantik sangat tone color langit . Macam ala-ala Aurora Borelis .

Aurora Borelis di Perhentian ... =P 
 

Kuasa Allah sangat cantik . Speechless tengok kecantikan langit . Yang berubah - ubah . 
 

Malam nya . Ada BBQ disediakan oleh pihak Senja Bay . BBQ nie dah termasuk dalam pakej . Selepas BBQ malam tue kami lepak di Long Beach layan pertunjukan api . Serious di Long Beach terlalu ramai orang . Esok nya hari yang sedih sebab kena meninggalkan pulau yang cantik nie . 

Goodbye Pulau Perhentian 
Pagi sebelum kami bergerak pulang KL . Aku dan Syira gigih bangun untuk ke Long Beach untuk lihat Sunrise. Tue pun kami dah terlewat sikit tapi dapat lah lihat matahari naik . 

Sebelum matahari naik 
 

Masa nie matahari dah naik dan air surut . Jadi aku dan Syira ke tengah laut untuk snap this moment.
 

 

Keseluruhan nya , kami sangat puas hati percutian kami bersama tahun nie ke Pulau Perhentian . Totally , Insyaallah akan datang lagi ke Perhentian . Mungkin datang bersama suami pulak . =D

Selepas check out . Dalam perjalanan kami pulang ke KL , kami singgah di kedai Teh Tarik Madu Pak Mat .

Ramai kawan - kawan bagitahu sedap Teh Tarik Madu nya . Bila sampai sana dan rasa sendiri memang sedap. Makanan yang disediakan pun sedap .

 

 

 

Pak Mat ada keluarkan produk baru nya . Teh Tarik Madu Ice Cream . Tapi kami tak order pulak masa tue .

 

Sebabkan sedap . Dan jauhhhhh nak datang selalu . Jadi , aku bungkus satu Teh Tarik Madu nak bawak balik KL la konon nya . Tapi, masa tue jalan sesak . Jadinya , air tue habis di tengah jalan kami berlima minum. Hiks~ (^_^) .

More details boleh ke Facebook Warung Pak Mat : 

Lokasi : Warung Pak Mat Pulau Pisang . Boleh waze pasti jumpa . Lokasinya ke arah PCB ( Pantai Cahaya Bulan ) , di Medan Ikan Bakar Kuala Besar, Kota Baru , Kelantan . 

 

Untuk akhiri , entry Pulau Perhentian nie . Aku share video kami di Pulau Perhentian . Semoga terhibur . =D

Video oleh : Kami berlima.
Editing oleh : Aku
Lagu : Perjalanan by Melly Goselaw - OST AADC 2 



Untuk baca keseluruhan entry , bawah nie aku ada letak link , senang nak refer nanti , =D :



Ok , semoga entry aku pasal Pulau Perhentian beri info dan manfaat untuk sesiapa yang nak pergi ke Perhentian . Jika ada yang terkurang di mana-mana . Maaf lah ye . =D

Till then , bye. =D 

Love , 
      NIA

6 comments:

  1. Alhamdulillah selamat sampai, panik yang membaca ni pun sebab bot kecik ombak tinggi tiada life jacket lagi, you all ni nak kena grounded tau kalau jadi adik-adik kakak.. haha..risau betul.. bila tengok gambar memang berbaloi kan bila lagi dapat nikmati dengan pasir lembut putih..suka pic sunset tu, class!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Morning kak BP ... Hahaha ... Dah tak buat lagi dah lepas nie ke windmill naik boat , hihihi ... kannn!!!! Sunset tue lawa kan =D

      Delete
  2. Hihi. Rindu perhentian!! Chika malas nak update ni. Malas nak pilih gambar. Hihi. Bestnya! Rasa nak repeat je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sangat rindu !!!! Serious kita kena pergi lagi yank .

      Delete
  3. Hi Nia....lps baca entri ni baru tau, Nia ni geng makan Siqah gak rupanya...hehe..best betul la baca pengalaman korang pi pulau...buatkan akk terkenang2 zaman awal2 mula2 kerja dulu...keluar2 mkn dgn kawan2 kerja & pi comp trip sama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Akak . Hihihi ... Aah kitaorang satu geng . Satu team . Hihihi . Best kan akak if ada geng satu kepala . Semua menjadi . Tapi geng makan kami nie ada dua org lagi. Cuma dah jrg join sebab masing2 dah ada anak . Restricted skit . Cuma kdg2 tue ada la jumpa lepak minum or makan . =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .