Aku tahu aku belum habis lagi update entry Spring trip Korea 2016 aku dengan Hanis . Seriously , semua dah dalam draft tinggal nak add more details , masuk kan gambar dan publish - tapi sampai sekarang tak habis habis lagi kan . Hahaha....
Masa aku update entry nie . Aku sedang transit di Rome untuk ke London . Haaaa~ sapa yang baca blog aku mesti tertanya . Dah Korea trip ... London pulak ? Dan , aku nak publish details Korea tue . Tapi , masyaallah . WiFi di airport Rome nie , tersangat lah menguji kesabaran . Nak loading gambar untuk masuk kan dalam blog pun punyalah slow .Hihihi.
Ceritanya kenapa aku boleh ke London pulak? Sebab trip nie di request oleh mama ku . Kata mama nak pergi trip satu family . Ye lah , sepatutnya tahun lepas trip kami sekeluarga ke Edinburgh untuk attend ceremony convo adik laki aku . Tapi , semua dah tertulis dengan cantik oleh-Nya . Ayah pergi meninggalkan kami . Tarikh adik aku convo adalah tarikh ayah pergi bertemu Ilahi. Al-fatihah .
Salah satu sebab trip London nie kerana mama ku telah pun habis i'ddah dan kata mama nak conquer her sadness by going travel to London yang tahun lepas tak jadi .
Jadi, kami semua turuti . Kelam kabut jugak masa aku nak beli tiket . Sebab plan nie last minute dan masa tue aku masih di Korea .
Nak dapatkan tiket yang paling murah dalam keadaan last minute sangat lah susah . Tapi tiket yang aku dapat tak lah murah sangat pun kan. Tengok skyscanners tiket yang paling murah aku beli nak ke London yang ada , kena transit dua negara baru sampai London. Aku jenis kurang minat transit nie . Biar penat berjam - jam. Touch down je dah boleh rehat . Tapi if ke US lain la ceritanya . Hihihi.
Tiket aku dari KLIA transit ke Abu Dhabi . Di Abu Dhabi 3 jam je . Jadi tak boleh lah nak kuar airport . Dari Abu Dhabi transit ke Rome,Italy . Di Italy nie yang transit 10 jam . Jika ke mana-mana negara yang waktu transit nya lebih 6 jam . Memang boleh keluar airport untuk jalan-jalan sightseeing sekejap .
Jadi , aku dan suami plan nak sightseeing at the famous Colosseum , Trevi Fountain dan Pantheon .
Tapi kami sempat visit Colosseum dan Trevi Fountain saja due to time constraint . Ye lah . Sampai je airport cari kaunter untuk mintak boarding pass kami ke London . Di Malaysia , dorang kata boarding pass from Rome to London tak dapat nak print kan . Lepas dah settle hal boarding pass . Kitaorang cari kaunter informasi tanya macam mana nak ke interest places tadi . Dia bagi map subway dan metro . Serious , orang - orang Italy tersangat lah helpful . Dah lah lelaki dan perempun dorang pun lawa dan hensem . Sebabkan limited time , jadi naik train la yang paling senang dan cepat untuk sightseeing .
1) Colosseum
Dari Airport Fiumiono nak ke Colosseum mengambil masa dalam 50 min ke 1 jam naik train. Direction nak ke Colosseum , kena naik train dari airport Fiumiono Aeroporto station ( line color grey ) ke Roma Termini .
Di Roma Termini , tukar line color biru gelap ke Colosseo station .
Harga tiket dari Fiumiono Aeroport ke Roma Termini dalam EUR 14 / pax . One way . If nak beli return siap-siap pun boleh .
Boleh beli tiket macam gambar - gambar di bawah :
Tekan " Buy your ticket " . Kitaorang amik yang sekali beli je sebab transit sekejap je kan .
Pilih arrival destination - Roma Termini
Pilih time yang korang nak . Kitaorang pilih time 9:23am . Sebab nya masa beli tiket tue , jam pun dah pukul 9:02am . Train paling cepat 9:08am . Sebabkan tak familiar dengan tempat kitaorang tak nak take risk tertinggal train . Dah decide nak time mana , tekan di gambar cart .
Lepas complete payment . Tunggu beberapa minit tiket pun keluar . Gambar tiket macam di bawah .
Dah dapat tiket , cari lah platform train . Then, naik lah train ke station Roma Termini .
Selepas 1 jam perjalanan . Alhamdulillah sampai di station Roma Termini .
Lepas tue kena cari sign M = means metro . Nak ke Colosseum dari Roma Termini stop di station Coloseo.
Take note . Tiket Metro dengan tiket train Leonardo Express tadi tue . Lain ye . Nak naik Metro kena beli tiket lain . Mana nak beli ? Beli di mesin macm gambar di bawah .
Senang je nak beli nya . Tapi aku advice . If trip korang sightseeing macam aku nie . Better beli yang one time use je yang harganya EUR 1.50 . Sebab nak pergi dua tempat attractions je . If stay 1 day ke di Rome . Baru lah beli yang 24 hours punya yang harga EUR 7 . Sebabnya, aku dah tersalah beli . Aku beli yang EUR 7 yang boleh pakai untuk 24 jam .
Keluar je dari situ , korang akan nampak Colesseum tue depan mata korang . Serious speechless bila aku dapat tengok sendiri . Tapi , masa aku datang tue . Masyaallah . Ramai sangat orang .
Colesseum nie kan tempat Gladiator games . Gladiator nie macam lebih kurang gusti, wrestling , etc . Tapi perlawanan masa zaman Rome . If korang pernah tengok movie Gladiator . So tahu lah pasal Colesseum nie . =)
Muka suami aku yang excited tengok askar Rome . Hahaha.
Bawah nie gambar dari jauh . Nak nampak the whole colesseum boleh snap dari atas bukit . Tapi nak masuk ke kawasan bukit tue , kena beli tiket jugak . Nak beratur ? Masyaallah . Hihihi .
Dalam 45 minit juga kitaorang dekat sini. Tengok jam , dah kena gerak pulak ke next place , Trevi Fountain .
2) Trevi Fountain
Nak ke fountain nie , dari colloseo station korang naik Metro tadi ke station Roma Termini . Sebabkan kitaorang dah beli tiket harga EUR 7 tue . Jadi , pakai je tiket tue . If korang beli tiket EUR 1.50 memang kena beli tiket baru ke fountain tue .
Dari Roma Termini , tukar train ke line merah heading to Barberini station . Di Barberini station korang keluar akan jumpa satu fountain sebelah kanan korang. Tapi , tue bukan Trevi Fountain ye . Nak ke Trevi Fountain kena jalan 7 minit lagi . Masa nie , aku on google map. Kena google map sebab jalan nak ke fountain tue memang belok kiri belok kanan .
Tapi jalan nak ke situ , akan lalu kedai - kedai makan yang serious cantik decoration nya . Akan lalu kedai jual beg-beg kulit .
Cantik kawasan nya.
Selepas tujuh minit . Jumpa lah Trevi fountain . Masyaallah ingat kan tak ada orang . Rupanya ramai jugak orang . Jadi , bila ramai nak amik gambar punya la susah . So , kita amik gambar sikit dan kami gerak balik airport .
Serious fountain nie cantik air nya . Dan ukiran nya cantik. Sebab apa ia famous . Sebab dorang percaya if campak coin dalam fountain nie akan datang balik ke Rome . Tapi aku tak campak pun coin . Hahaha .
Cantik kan air nya .
Selepas sampai di airport , rasa alhamduillah diberi peluang keluar untuk tengok atleast dua attraction places tue even dalam keadaan kelam kabut .
Pada pendapat aku . Rome cantik !!!! Sangat cantik dengan sculpture bangunan nya . Dengan scenery nya . Tapi satu je tak suka . Underground nya memang menakutkan . Sama macam Paris . Kotor .
Dan bila korang di Rome . Jaga beg korang betul-betul. Sebab Rome pun banyak scam . Dan , dimana-mana ada je korang akan nampak askar . Dorang pegang senapang yang real tau. Hihi. Bila macam tue nampak sangat crime rate tinggi . Tapi , if ada rezeki aku nak datang Rome lagi . I mean Italy juga . Dan bagi aku Rome patutnya jadi Kota Cinta . Bukan Paris . Hahaha.
Ok lah . Sekarang aku sebenarnya dah sampai ke Edinburgh . Unite dengan whole family aku. It was a hectic journey . Naik turun naik turun kapal terbang . But , it was a beautiful experience. Dengan kaki tak baik lagi balik dari Korea . Hahaha. Tapi alhamdulillah. Allah beri aku rezeki dan peluang untuk rasa semua nie . Amin .
Aku nak share short footage video aku sepanjang perjalanan dari KUL - Abu Dhabi - Rome - London - Edinburgh . Shades of skies .
Hope entry aku dapat beri sedikit info dan enjoy the short video .
Thanks for reading . =)
Sorry, Video tak lawa mana sebab shoot pakai iPhone 6 dan editing pakai iMovie je .
Till then .
short and sweet post ni :D
ReplyDeletesorry to read that yg pasal hari konvo adik. ya Allah, terkedu masa mata pandang ayat tu.
I've been to Italy last Christmas break. Rasa kelakar jugak sebab ke tempat yg kuat Christianity masa Christmas. Lagi2 hari krismas tu kitorg kat Vatican City. Apa yg saya nampak, diorng tak celebrate over mana punn, like takde banyak pokok krismas, takde hiasan2 krismas banyak2. Like, simple je.
Colosseum tu fuhhh, bersabar je la nak beratur. Masa ni kitorg dah beli tiket online, tapi nak masuk check in tiket pun beraturnya subhanAllah. Tu pun pukul 9 pagi taw, entah pukul berapa la orang first tu masuk. haha
Dari Colosseum ke Trevi, jalan kaki je. Mungkin sbb takde time constraint sangat so we chilled around sambil makan ice cream gelato bagai. Dan haha like u said, ya Allah ramainya pun org kat Trevi. memang kena jaga beg je kat sini, berlaga2 orang nak lalu.
hanisamanina.com
Semua dah tertulis kan dear . Sebak jugak bila di ingatkan . Rasa adik Nadia lagi sebak bila tgk date sijil dia .
DeleteYe keee~ teringin tgk Vatican City tue . Cantik tak ?
Omg!!!! Serious ke Hanis , awal pagi pun dah ramai . Best lah hanis dapat tgk dlm colleseum . Mesti epic . Bestnyaaa jalan kaki je ke Trevi. Hihi . I wish I have lot of time mcm Hanis bleh jalan kaki and rasa makanan Italy.
Sebab kitaorang tak sempat grab pape pun. Touch down je rasa kenyang sbb mkn dlm flight kan . Hihi
teringin nak pergi colloseum and feel sendiri.. selama ni tengok dalam movie and gambar je.. heee doakan sy ada rezeki ke sana nanti ye :D
ReplyDeletesaya pun dulu pernah rasa macam awak nak tgk and feel sendiri . Alhamdulillah , tak sangka masa tue sempat pulak singgah even tak dapat masuk dalam .
DeleteInsyaallah . One day pasti ada rezeki awak untuk tengok and feel sendiri dapat tgk colleseum depan mata . =)
bestnya dapat rase dekat sane :) tgk negeri orang :)
ReplyDeleteAlhamdulillah , mek .
DeleteInsyaallah satu hari nanti pasti ada rezeki Mek tgk negara orang jugak =)
salam kenal :) first time singgah sini..
ReplyDeleteSalam kenal jugak dear .
DeleteAlfatihah buat arwah ayah nia aminnn..x sempat nk tgk anak konvo semoga beliau aman di sana
ReplyDeleteAl-fatihah . Terima kasih untuk doa nya JM . Insyaallah . Amin .
DeleteRome..italy..london! Semua dlm wishlist tetapi buat masa ni hanya mampu ke negara asean je
ReplyDeleteNegara asean pun menarik jugak apa . Atleast dapat peluang travel ke luar negara jugak kan . =)
DeleteInsyaallah . Satu hari JM mesti sampai punya ke negara wishlist JM . Amin .
Thank you for the useful information especially the train & metro in Rome. Will go there end of April 2017.
ReplyDeleteYou are most welcome dear .
DeleteAlhamdulillah , entry nadia ada bagi sedikit information utk Johananke Rome nanti.
Nanti balik boleh share experience dengan saya pulak .
Jika ada pape information yang perlu ditambah atau dibetulkan bila Johana balik dari sana . Pls pls let me know.
Have a safe trip nanti . =)