Hi semua,
Dah lunch je belum? Meh aku share pasal info tempat makan. =)
Siapa suka ke Penang? Hihihi ... Mostly , kawan-kawan aku dan family memang suka ke Penang sebab utama adalah untuk makan. Dan ada juga yang suka ke Penang sebab suka tengok bangunan heritage . Aku ?
Suka dua-dua dan juga sebab Penang adalah rumah nenek aku. =)
Jika korang hit button search in Google pasti keluar banyak tentang " Food must eat in Penang " . Tapi , dalam entry aku nie , aku hanya nak berkongsi tempat - tempat makan yang selalu aku dan keluarga aku pergi bila ke Penang .
Makanan atau tempat makan nya adalah :
1) Din Mee Mee Rebus dan Mee Goreng Sotong
Mee Goreng
Mee Rebus
Asal datang Penang je mesti cari mee goreng sotong nie . Nama kedai nie "Din Mee" .
Selalunya , bila aku dan keluarga ke sini . Kitaorang pasti order samada Mee Rebus sotong atau Mee Goreng Sotong .
Macam mana nak ke gerai Din Mee .
Masuk junction yang seperti gambar di bawah - di mana sebelah kanan korang adalah Sunshine Square Mall Bayan Baru
Dah masuk dari situ korang terus sampai ada jumpa simpang pertama sebelah kanan - nama simpang tue Tingakat Mayang Pasir
Lepas tue korang terus lagi dan korang akan nampak masjid depan korang
Bila dah nampak masjid betul lah tue . Sebelum sampai masjid tue ada satu simpang ke kiri . Masuk simpang yang nama nya Medan Mayang Pasir
Dah masuk simpang korang terus je . Dan sebelah kanan korang adalah taman permainan dan ada deretan rumah kedai . Bila dah nampak deretan tue memang betul lah jalan yang korang lalu tue. Hihi.
Nampak je semua gambar di atas , maksudnya korang dah sampai lah ke gerai " Din Mee"
Deretan gerai bersama gerai Din Mee
Gerai dari posisi hadapan
Tempat duduk untuk makan
Jika tak jumpa jugak . Korang boleh waze atau google map alamat nie :
46 - 35 , Medan Mayang Pasir , Bandar Bayan Baru , 11900 Bayan Lepas , Penang , Malaysia.
Selamat mencuba . Sedappppp. =)
2) Mee Goreng Sotong Bangkok Lane
Mee Goreng Bangkok Lane nie dah famous dah .
Tapi , aku ke sini selalunya bila Gerai Din Mee tutup. Sebab Bangkok Lane jauh dari rumah nenek dan agak malas nak ke area Georgetown sebab sesak sikit .
Paling aku suka , bangunan di sekitar Mee Goreng Sotong Bangkok Lane nie . Cantik!!!
Macam mana nak ke Mee Goreng Bangkok Lane ?
Korang buka waze just type " Mee Goreng Bangkok Lane " . Confirm ada keluar . Hihi .
Atau boleh taip alamat bawah nie:
280, Jalan Burma , George Town , 10350 George Town , Pulau Pinang , Malaysia
Nie gambar gerai - photo source google.com
( gambar aku snap tak jumpa lak dalam hp )
3) Nasi Kandar Restoran Farsal
Nasi Kandar yang arwah ayah aku selalu bawak kitaorang gie makan adalah Nasi Kandar yang terletak di dalam Pasar Bayan Baru . Nie adalah nasi kandar favourite keluarga aku jugak.
Nama kedai Restoran Farsal . Kenapa suka datang makan sini. ?
Dah lah sedap , murah pulak tue . Bila balik Penang je dapat makan telur ikan besar dan sotong besar . Dalam range price RM11 . Murah kan ?
Di KL , mahu cecah nombor puluh-puluh jika ambil sotong dan telur ikan . Memang puas lah makan . Di kedai nie pun segala roti pun ada jual .
Macam mana nak ke sini :
Jika keluar dari simpang nak ke Gerai Din Mee , korang keluar ke kiri ( seperti gambar di bawah ) - Sebelah kanan korang pastikan Sunshine Square Bayan Baru
Lepas keluar dari situ , korang jalan terus sampai jumpa jalan seperti di bawah , dimana sebelah kanan korang adalah masjid . Belok kanan untuk lalui jalan itu.
Pintu masjid - pastikan masjid masih di kanan korang
Terus lagi hingga jumpa satu simpang kanan - seperti gambar dibawah
Bila korang dah belok kanan . Korang akan nampak sebelah kanan korang masih masjid dan sebelah kiri ada pasar .
Bawah nie gambar pasar
Dah sampai dah .
Kedai nasi kandar nie terletak di dalam pasar bayan baru
Jika tak jumpa jugak , korang boleh waze atau google map alamat bawah nie :
Restoran Farsal ,
22, Kompleks Sri Selera , Jalan Mayang Pasir 3, Bayan Baru , 11900 , Penang , Malaysia .
Selamat mencuba . =)
4) Kuih Peneram
Pernah dengar tak pasal kuih nie ?
Kuih nie bentuk nya macam ala-ala donut tapi kecil je.
Kuih nie mama aku suka beli dari kedai yang terletak di Sg Nibong .
Kedai nie punya kuih peneram sedap dan ranggup . Sebab tue kitaorang suka . Walaupun kuih nie dah sejuk , ia tetap ranggup . Selalu sebelum nak gerak balik KL mesti singgah beli nak buat makan dalam perjalanan
Macam mana nak ke kedai ini ?
Korang boleh waze : Kuih Peneram Kompleks Medan Suri Sungai Nibong
Nielah rupa Medan Suri nie . Kedai peneram terletak di belakang .
Bawah nie rupa kedai peniram nya.
Tempat nie betul- betul sebelah astaka seperti gambar di bawah
Jika ke Penang jangan lupa singgah tau. Bila korang dah cuba , bagi feedback . Betul ke tidak peniram nya ranggup dan sedap . Hihihi =)
Jika tak jumpa jugak , korang boleh waze atau google map alamat bawah nie :
PKN 49, Kompleks Medan Suri , 11900 Sungai Nibong , Pulau Pinang , Malaysia
Ha~ keempat-empat tempat tadi tue adalah antara kedai makan yang aku mesti pergi bila balik kampung nenek Penang.
Ada banyak je lagi sebenarnya . Hihihi. Aku share 4 dulu ye . Nanti jika ada kerajinan datang menerpa . Aku share lagi tempat makan yang lain.
Selamat mencuba korang. Have a happy lunch .
Untuk sesiapa yang berada di Penang, have fun in Penang!!
Love ,
NIA
kena bookmark post ni nampaknya, senang jadi reference kalau ke Penang bila-bila nanti :D
ReplyDeletethank you!
hanisamanina.com
hihii...boleh2...tq dear =)
DeleteWah...tapi abg sepupu kak PC dia kawin dengan org Penang...syok balik Penang dia sbb best menikmati makanan katanya..hihihi...
ReplyDeleteyeah ...betul PC , penang memang heaven dgn makanan =D
Deletenampak sedap. teringin nak ase nasi kandar sotong besau n mee rebus tu. ritu gi penang makan nasi kandar kat restoren kapitan ke ape biasa je rasa. xdap pun ;(
ReplyDeletehihihi...nanti datang lagi boleh cuba nasi kandar yang nie... oh yang kapitan tue, selalu jugak dgr tapi nadia belum pernah try lagi ...hihi
Deleteuish kena terjah ni. tapi entah bila nak ke sana XD
ReplyDeletememang kena terjah pun ....insyaallah nnt aisya dtg lah penang =D
Deleteoo.. ada satu lgi tmpt dekat pasar ayer itam dekat dgn bukit bendera tu sebelum naik tu dkt bawah tu ada kg air itam dgn pasar dia.. ada kedai mee rebus sedap juga mee rebus dia.. kedai dia corner lot dkt dpn sekali.. rasa nye ada lagi kot.. lama tak pegi penang ni..
ReplyDeleteYe ke ... Jauh gak bukit bendera dengan rumah nenek ku, kikiki ... Tak pe , nnt if balik penang lagi insyaallah nadia try cari dan cuba kedai yang hasif cakap nie =)
DeleteI went to Penang so many times tapi tak pernah makan lagi semua ni HAHAHA so sad TT__TT
ReplyDeleteTak pe... Nanti dtg penang lagi... Try la kedai2 yang nadia share di atas tadi =)
DeleteMee sotong tu... Nyesal tengok gambar! Iskkssss!
ReplyDeleteHahaha... Faham kan perasaan memlm terjah blog ada gmbr mkann ... =p
Deletecantik!!! dah masuk dlm list JJCM Penang
ReplyDeleteHihihi tq JM !!!! =D
DeleteTerliuq kami tgk ikan Apollo.... Nnti kalau sampai Penang wajib try ni....
ReplyDeleteKikiki .... Dah sampai penang nnt wajib tau cuba . =)
DeletePenang pun in the list juga tapi nak pergi cari makan je. Heaven kot.
ReplyDeleteSemalam tengok Taste Selebriti Syatilla Melvin pergi kedai Din Mee tu.
Memang wajib pergi ni. Huhuhu
Ye keee... kedai tue mmg sedap mee goreng sotong nya
DeleteBeeha ni nama je stay kat Penang, tapi tak pernah try pun makanan kat atas tu haaa. T.T
ReplyDeleteselalunya memang macam tue kan . Macam Nadia stay Shah Alam. Tapi, bila orang tanya shah alam apa yg best. Mesti Nadia tak tahu hihi
Delete