Sunday, April 9, 2017

SPRING KOREA TRIP - DAY 6 : EXPLORE GYEONGJU



If korang tak baca lagi entri aku sebelum nie boleh klik disini. Hari keenam kitaorang ke Gyeongju. Buat apa di Gyeongju ? Kitaorang ke Gyeongju sebab aku masuk marathon di sana . 

Sebabkan marathon nie lah kitaorang buat kerja gila ke Korea lagi sekali pada tahun 2016. Hahaha. Nama marathon tue adalah " Gyeongju Cherry Blossom Marathon ". This marathon is a yearly event. Tapi aku baru lah pertama kali nak merasa ber-marathon di negara orang. 

Entri aku nie macam dah lambat sangat je kan untuk share info pasal Gyeongju Cherry Blossom Marathon 2017. Sebabnya marathon untuk 2017 nie diadakan pada 1 April 2017 lepas. dah berapa hari dah berlalu. Hi hi hi.

Tapi tak pe, aku masih boleh share info macam mana korang boleh register untuk event marathon nie. Hopefully, tahun 2018 ada lah ye event marathon nie lagi hihihi. If jadi dan ada rezeki ber-marathon lagi, Insyaallah kita bakal berjumpa lah di sana pada tahun 2018 nanti. hihihi =p 

Ok tanpa berlengah lagi. Meh aku share macam mana nak register.


HOW TO REGISTER FOR GYEONGJU CHERRY BLOSSOM MARATHON

Seperti yang korang sedia maklum , apa-apa event or update tentang Korea, korang boleh dapatkan informasi tue di laman web :  Korea Tourism Organization ( KTO )

1) Korang masuk ke website Korea Tourism Oranization >>> klik disini

2) Register sebagai ahli KTO . No worries . Free je .

3) Klik di advertisement Gyeongju Cherry Blossom Marathon tue. Kalau tak jumpa advertisemant tue di main page, search " Gyeongju " , confirm akan keluar link ke page marathon tue.



4) Di page advertisement tue akan tertera syarat-syarat penyertaan . Di situ , akan ada satu link iaitu official website event tu >>> klik disini. Masalah page tue adalah bila nak tukar ke english version sebab nak register ia tetap appear dalam bahasa Korea.



5) Jadi , KTO dah sedia maklum tentang masalah tue . Jadinya, KTO sudah sediakan nama-nama agen dalam page tue yang boleh bantu korang untuk register.

6) Korang akan berkomunikasi dengan agen KTO melalui email/whatsapp tentang registration.

7) Bila korang dah buat bayaran and segala confirmation dah settle, agen tue akan inform korang dalam satu group whatsapp. 



8) Group whatsapp tue ,  Agen - agen tue akan tanya korang jugak tentang penginapan korang masa hari marathon . Jika korang perlukan khidmat dorang , boleh lah berbincang dengan dorang. Macam aku dan Hanis cari tempat penginapan kitaorang sendiri . Jadi , tak pakai lah khidmat agen dorang.

KTO dan agen-agen nya sangat lah membantu dalam hal-hal Gyeongju Marathon.

Well done KTO.


HOW TO GO TO GYEONGJU
Kan kitaorang stay di Busan . Jadinya , dari Busan kitaorang naik subway ke Seomyeon . Dari Seomyeon tukar line hijau ke Sasang.





Di Sasang station bus , beli tiket ke Gyeongju . Harga tiket KRW 5900/pax . Perjalanan dari Sasang ke Gyeongju dalam 2 jam . Agak jauh jugak lah . Macam dari Shah Alam ke Melaka . Hihi.


SEARCHING FOR NAMU GUESTHOUSE
Kitaorang sampai di Gyeongju intercity bus station dalam tengahari ke almost tengahari. Tak ingat lah pulak aku. Hahaha. Masa hari kitaorang sampai di Gyeongju, cuaca agak panas dari Busan . Peluh jugak lah . Masa sampai terus on Google Map.

Dalam Google Map bagi tahu 5 minit je jalan kaki dari Gyeongju intercity bus station ke Namu Guesthouse.

Tapiiiiii, seriously kitaorang sesat!!!!  Beg berat, panas dan lapar memang pakej lah pada masa tue. Adoi. Dugaan . Kitaorang terus cari tapi masih sesat. Kitaorang sedar kitaorang dok pusing-pusing tempat sama.

Lastly, kitaorang tanya owner dari sebuah guesthouse yang berdekatan dengan Namu Guesthouse. Owner tue dia on Naver apps. Memang orang Korea mostly pakai Naver apps instead of Google Map . Sebab Naver lebih accurate di Korea. Tapiiii, Naver app tu dalam bahasa Korea. Tak tahu lah pulak aku if sekarang dorang dah upgrade ada English version pulak ke kan. Tak explore dah pasal apps tue lepas balik dari Korea. Hihihi.

Nasib baik owner guesthouse tadi tolong . Akhirnya sampai juga kitaorang di Namu Guesthouse. Owner bagitahu kitaorang tak boleh check in sebab belum time check in lagi. Jadinya, kitaorang letak bag dan keluar mencari makanan. 




Just additional info, dari Namu Guesthouse ke tempat marathon esok, mengambil masa lebih kurang dalam 40 minit perjalanan menaiki bas. Agak jauh juga sebenarnya. 

Paling kelakar, kitaorang agak kekurangan cash pada masa tue. Pusing lah cari ATM machine. Tapi, semua ATM machine tak boleh keluar duit. Cari juga ATM machine bank International : contoh seperti Standard Chartered / HSBC / Citibank ke kan. Adoiyai memang tak jumpa. Seluruh tempat tue yang ada hanyalah ATM machine Korea local bank. 

Akhirnya, kitaorang redha je dan buat kira-kira asalkan duit yang kitaorang ada masa tue cukup nak makan dan naik public transport. Sebab, stay Gyeongju sehari je. So, tak pe lah.


PUBLIC TRANSPORT IN GYEONGJU
Perut dah menyanyi lapar. Kitaorang Google tempat mana yang halal di Gyeongju. Memang tak ada . Serious tak ada . Jadi, kitaorang ambil keputusan jalan je ikut ke mana kaki nie melangkah.

Kitaorang nampak ada banyak cafe yang berdekatan tapi sebabkan kitaorang lapar yang teramat jadi kitaorang perlukan nasi !!!! Hahaha... 

Buat pengetahuan korang, Gyeongju tak ada subway. Pengangkutan awam di Gyeongju adalah bus, teksi dan vespa. Eh Vespa ?  



Ye betul Vespa. Merata tempat di Gyeongju ada je kedai yang tawarkan servis sewa vespa untuk keliling Gyeongju. Berapa harganya jika nak sewa vespa? Tue aku tak tahu hahaha... sebab kitaorang tak sewa vespa jadi tak dapat nak kongsi part tue. Sorry.

ok , sambung ke entri selepas nie. Di mana kitaorang makan semasa di Gyeongju? Kitaorang naik apa nak ke kedai makan tue?


Thank you for reading . Dan teruskan membaca entri seterusnya.


Stay tune. =)









18 comments:

  1. Chika teringin sangat nak lari di Korea 10 KM sambil menikmati pemandangan cherry blossom di kiri dan kanan jalan. Hope one day, Insyallah <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah yank . One dah pasti awak dapat peluang tue . =)

      Delete
  2. Bila laah dapat merepeat lagi nih... he he he...

    ReplyDelete
  3. Waaaaaa bestnya pergi negara orang. Looking forward for your next entry! nak tahu makan apa dekat sana hehe. orang kata makan dekat sana mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tq singgah sini syed .

      Best jugak tgk negara org sebab culture lain kan dgn kita . Hihi .

      Ok ok , make sure baca tau entri nadia seterusnya !!!! =) hihi .
      Makanan dkt sana ada yg mahal ada yg murah . Tgk lah makanan apa yg syed nak mkn . =)

      Delete
  4. bestnya ada marathon tu. free pulak. mesti terasa korean sangat dapat join event2 macam nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak , ayat nadia mcm salah je ? Ada misunderstanding di situ =)

      Sebabnya , register jadi ahli KTO tue yg free . Nak join marathon nie kena byr BV . Rm50 hihi

      Delete
    2. Tak fe-feling Korean sgt pun. Happy sebab dapat tgk bunga-bunga yang cantik masa lari . Nanti baca lah entri Nadia seterusnya . Stay tune BV =)

      Delete
  5. Rasa macam pernah dengar nama Gyeongju masa tgk show 2 days 1 night. Rasanya lah hehe. Tapi kagum la korang sempat berlari lagi masa travel. Tetiba rasa nak masuk bucketlist. :D

    Cantiknya vespaaa, malangnya kite tak reti bawak motor. HEHE

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, hanis layan gak ek 2 day 2 night ? Hihi .... sebab plan asal mmg nak marathon tue or boleh dikatakan menggunakan reason marathon nak ke Korea lagi =p

      Yes!!!! Masuk lah bucketlist , jom join Korea 2018 Hanis. =)

      Cantik kannnnn mmg merata vespa dkt sana . Yeay!!! Kita sama, Nadia pun tak reti bawak motor , lesen confirm lah tak ada kan . Hihi

      Delete
  6. Girlish sangat header tuuuuu :D Bunga tu cherry blossom ke bunga lain ahaha. Sakura yg Jepun tu sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa~ nadia pun confuse between sakura and cherry blossom . If g jepun sebut sakura, if g korea cherry blossom...Tapi sakura japan more pinkish slalunya . Cherry blossom korea bnyk white pink skit .

      Hahhaha girlish ek ? But I love cherry blossom aka sakura . =)

      Tapi ok kan ? =)

      Delete
  7. The beautiful-est blog I have seen for this moment. I'm following you. Gladly waiting your next trip entries!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amer . Thanks for the compliment.

      yeay!! thanks for waiting for my next entries Baru je update sambungan day 6 . Boleh lah singgah baca . =)

      Delete
  8. Info complete! Gyeongju! Wait for me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi ...thanks JM . Mana-mana yang terkurang maafkan ye. Yeay!!! JM nak dtg Gyeongju. See you there JM , insyaallah . =)

      Delete
  9. Wow. Pergi Korea semata nak join marathon? Kagum sangat!

    ReplyDelete

Thank you for reading and comments . (^_^) .