Kali nie aku nak kongsi sebuah buku yang baru jugak lah aku beli dan dah habis pun baca .
Buku Pelukis Jalanan ditulis oleh Teme Abdullah .
Buku nie sebenarnya tergerak aku nak beli sebab kawan aku Siqah ada beli buku nie . Mula-mula aku nak pinjam je dari Siqah . Tapi , memandangkan aku nie jenis bila baca sebuah buku kadang ambil masa lama jugak nak habiskan . Jadi , aku beli je lah . Jika buku sendiri simpan lama-lama pun tak rasa bersalah sangat . Kikiki .
Bila dah mula baca buku nie , serious rasa menarik terus satu hari aku baca habis . Hahaha .
Buku yang ditulis oleh Teme Abdullah nie menceritakan pengalaman hidup seorang insan yang menghadapi pelbagai pancaroba dalam mengejar cita-citanya untuk belajar ke luar negara .
Bukan senang sebenarnya nak dapat peluang untuk belajar ke luar negara . Tapi jika kita usaha dan tak putus asa . Insyaallah akan ada rezeki kita juga .
Apa orang kata : " Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih " .
Teme menceritakan tentang dia dapat biasiswa untuk ke luar negara . Tapi , dia telah mensia-siakan peluang tue semasa dia terkandas di A-level .
Dari kegagalan itu , Teme cari cara lain untuk sambung jugak ke luar negara . Alhamdulillah rezeki dia ke luar negara dengan duit biaya sendiri yang pada masa tue cukup untuk bayar yuran pendaftaran universiti saja .
Dari situ bermula lah kisah kehidupan Teme yang penuh dengan pancaroba di kota London demi mendapatkan segulung sijil .
Pengalaman Teme kerja di kedai makan fast food , account bank balance = 0 .
Paling sedih dia ditikam oleh kawan sekelas nya . Hasil kerja tangan Teme tapi kawan sekelas dia mengatakan itu hasil kerjanya. Kalau aku jadi Teme aku pun bengang . Dan banyak lagi pengalaman Teme yang dikongsi di dalam buku nie.
Sebenarnya , bila aku baca cerita yang dikongsi oleh Teme . Aku teringat adik aku yang berpeluang sambung belajar di luar negara , Edinburgh .
Semasa aku ke sana untuk berbulan madu . Aku tinggal di rumah sewanya di sana . Mostly , pelajar luar negara hidup serba kekurangan . Maksud aku , hidup alah kadar untuk survive di negara orang. Lain dari kita hidup di negara sendiri .
Walaupun keluarga aku tak sesusah apa yang Teme kongsikan . Tapi , adik laki aku jenis tak suka susahkan orang tua aku . Dia masih bekerja di sana untuk sara hidup nya . Hari yang tiada kelas dia bekerja di hotel as housekeeping , basuh tandas , basuh semua lah . Berjalan kaki ke tempat kerja 10km ( 5km pergi , 5km balik ) setiap hari . Pernah jugak kerja di kilang biskut . Kadang heater habis tapi nak topup heater duit tak ada . Kena kurangkan semua perbelanjaan . Dan banyak lagi . Semua dibuat untuk survive di negara orang . Demi segulung sijil .
Kadang seronok baca pengalaman orang. Sebab lain orang lain pengalaman nya . Susah senang mereka di sana. Yelah kita tengok macam seronok je kan orang-orang yang belajar di luar negara.
Tapi disebalik keseronokan yang kita nampak , sebenarnya banyak lagi cerita kesusahan mereka untuk survive di negara orang. .
Jadi , buku ini bagus untuk dibaca dan dijadikan tauladan buat kita semua .
Sekarang , Teme masih di London . Aku ada follow Instagramnya sebab suka tengok lukisan dia .
Teme jugak ada kongsi beberapa kata-kata motivasi dan potongan ayat Quran yang boleh kita ambil untuk dijadikan peringatan buat kita . Antaranya :
1) Kata-kata Ayah Teme: " Ingat amalkan ayat 1000 dinar tue "
Surah At-Talaq : " Barang siapa bertakwa kepada Allah , nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu . "
2) Kata Teme , : " Jika terlihat kecantikan , ingatlah Penciptanya " . ( aku suka kata-kata nie )
3) " Pengalaman inilah anugerah bernilai Allah berikan kepada aku " - Teme
4) " Bukan ketagih pujian dari manusia , tetapi kadang-kadang Allah sengaja hantarkan seseorang untuk memuji sebagai pemujuk hati hamba-Nya untuk terus berusaha . Kerana kita manusia , Allah jadikan kita suka kan penghargaan " . Teme
5) " Kebahagiaan tidak semestinya datang dengan memiliki ". - Teme
Bagi aku buku nie best !!!! Serious best .
Well done , Teme Abdullah .
Korang yang belum dapatkan buku nie , cepat-cepat ke kedai buku beli . Hihihi .
Jika korang nak tengok lukisan cantik dari Teme boleh follow Instagram account dia : @itsteme and his blog
Have a nice day , all .
Love,
NIA
Buku yang menarik.. Thanks sharing. 😍
ReplyDeleteKannnn mmg menarik bukunya . Sama-sama reen =D
Deletei wish i can work here, tapi visa kitorg tak dibenarkan. nanti masuk jail naya je T_T but agree with you, walaupun ada elaun bulan2, hidup cuba diala-kadarkan :D org nampak mewah tp sebenarnya itu yg termurah mampu cari. T_T
ReplyDeletehanisamanina.com
Ohhh... Dkt Czech student tak leh kerja . Lain country lain kan laws nya =)
DeleteBetul2.... bila nadia tgk adik nadia cara hidup di sana and apa yg teme share tue . Baru tahu , bukan senang student luar negara nak hidup .
sy mula kenal Teme Abdullah ni sbb tertengok org duk viral lukisan dia yg superb sangat. then lambat tahu dia ada publish book. nak beli nanti balik my. =)
ReplyDeleteHihihi ... kan lukisan nya cantik . Nnt balik beli tau . Nway , shafuhan blaja overseas jugak ye ?
Deletebetul jgn lupa baca ayat seribu dinar selepas solat
ReplyDeleteBetul tue JM . Insyaallah . =)
Delete