Thursday, September 1, 2016

Panggilan Kaabah

Salam,

Tiada siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke Kota Makkah dan Madinah . 
Tanah suci yang paling agung di muka bumi ini .

Alhamdulillah . Aku dapat menjejakkan kaki buat kali pertama di Kota Makkah dan Madinah pada tahun 2013 untuk mengerjakan Ibadah Umrah bersama seluruh keluarga ku . 

Beberapa gambar dari Ibadah Umrah 2013 di sekitar kawasan Makkah .

( peringatan : gambar semua adalah hak milik saya originality, jangan curi ye .
dan minta maaf jika gambar kurang jelas sebab masa nie tak ada kamera canggih , hihihi )
Kaabah View - aku snap dan edit tone color gambar sedikit

Diambil dari bilik Hotel - tahun 2013 kebanyakan sekitar kawasan Makkah pembinaan sedang dijalankan.


Waktu Solat Jumaat

Subhanallah 

Selepas aku selesai tawaf sunat


View Masjidil Haram di waktu malam - cantik sungguh


Gambar family 1 - arwah ayah dalam gambar

Gambar family 2 - aku di dalam gambar

Gambar keluarga ku bersama atuk dengan background Masjidil Haram


Gambar di Masjid Nabawi , Madinah
Perasaan bila dapat menjejakkan kaki di sana tidak dapat digambarkan dengan kata - kata . 
Melihat Kaabah tersergam indah di depan mata , tiada apa yang terucap hanya lah Alhamdulillah , syukur pada yang Maha Esa disusuli dengan air mata . Begitu juga perasaan nya apabila dapat menjejakkan kaki di Kota Madinah serta melihat tersergam indah Masjid Nabawi .

31 Ogos 2016 bukan sahaja tarikh Hari Kemerdekaan Negara kita , Malaysia . Bahkan ia adalah tarikh istimewa buat Mama aku , makcik aku ( adik Mama ) , pakcik aku ( adik ipar Mama ) dan adik pakcik aku .

Mama mendapat panggilan Kaabah buat kali ketiga . Mama dan arwah ayah dapat mengerjakan ibadah Umrah dua kali . Dan kali nie Mama mendapat panggilan Kaabah untuk mengerjakan Ibadah Haji . Alhamdullillah . 

Manakala, makcik dan pakcik mendapat panggilan Kaabah pertama kali.

  Benarlah . Rezeki , Jodoh dan Maut semua adalah ketentuan Allah yang Maha Esa .

Sebenarnya , adik Pakcik aku mendapat panggilan Kaabah terlebih dahulu . Tetapi , dia memerlukan Mahram untuk menunaikan Haji . 

Manakala Pakcik dan Makcik aku telah mendapat panggilan Kaabah dua kali . Tetapi melepas peluang untuk ibadah Haji sebab mereka tidak menerima surat sampai ke rumah . 

Mama aku pula , giliran nya untuk ibadah Haji adalah pada tahun 2020 . 

Disebabkan adik kepada pakcik aku memerlukan mahram . Jadi , Mama , makcik dan pakcik membuat rayuaan ke Rayhar dan Tabung Haji. 

Alhamdulillah . Rayuan yang pertama . Makcik dan Pakcik aku berjaya nama mereka tersenarai didalam nama bakal-bakal Haji .

Mama aku agak sedih selepas rayuaan pertama gagal.

Mama buat rayuaan kedua . Alhamdulillah dengan berkat doa dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Rayuan kedua melayakkan nama Mama tersenarai di dalam nama bakal-bakal Haji. 

Alhamdulillah . Ini yang dikatakan rezeki dan panggilan Kaabah telah tiba. 

Mereka mendaftar Haji di bawah Travel Agent bernama Rayhar .

 

Pada pukul 3 pagi kami semua telah bergerak ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya . Sebab mereka semua perlu mendaftar cap jari biometrics yang bermula pada pukul 4 pagi . 

Selepas mendaftar , pihak Rayhar berikan mereka tag beg , tag beg Tabung Haji dan jugak gelang yang bertulis nombor telefon pihak Rayhar . 

 

 

 

Kami semua masih menunggu sehingga Azan Subuh berkumandang . Dan , semua jemaah bakal-bakal Haji serta kaum keluarga pergi menunaikan solat .

Lebih kurang hampir pukul 7 pagi . Semua Jemaah bakal-bakal Haji di bawah Travel Agent Rayhar dipanggil untuk masuk ke ruangan kompleks Tabung Haji.

Bakal-bakal Haji bersalam-salaman bersama ahli keluarga . Ahli keluarga tidak dibenarkan masuk ke ruangan kompleks . Hanya lah jemaah bakal-bakal Haji sahaja. 

Kami semua mengucapkan selamat pergi dan pulang kepada mama, makcik pakcik serta adik pakcik aku.

Semoga dipermudahkan perjalanan mereka hendak-Nya dan semoga mendapat Haji yang mabrur. Insyaallah .

Corong radio memulakan laungan Talbiah Haji.

 

" Labbaika Allahumma Labbaik. Labbaik Ka La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nekmata, Laka wal Mulk, La Shareeka Lak ." 

Maksudnya:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Subhanallah . Apabila laungan itu bermula hati ini secara automatik terasa sebak dan air mata bercucuran jatuh . Sungguh sayu dengar nya . Apatah lagi perasaan bakal-bakal Haji pastinya berasa bersyukur dipanggil ke Tanah Suci sehingga air mata jatuh .

Kami semua sempat bergambar sebentar sebelum mereka bergerak masuk .

Dari kiri : Aku , Makcik , Mama dan Adik perempuan ku
Sepupuku , makcik , pakcik bersama bakal-bakal Hajjah

Dari kiri : Mama , Pakcik , Makcik dan Atuk ( ayah Mama )

Gambar di bawah , adalah gambar yang aku zoom dari jauh selepas mereka masuk ke perkarangan Kompleks Tabung Haji.

Spotter Mama dan Makcik

Mama di depan seorang lelaki
Alhamdulillah . Pada pukul 8:40pm waktu Malaysia . Mereka selamat sampai di Jeddah . 

 

Akhir kata , semoga mama ku , makcik , pakcik serta adik pakcik aku selamat pergi dan pulang dari menunaikan Ibadah Haji . Permudahkan urusan ibadah Haji mereka di sana, Ya Allah . Berikan ketabahan dan kesabaran kepada mereka dalam mengerjakan Ibadah Haji. Semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur . Insyaallah . Amin.

Terima kasih buat seluruh ahli keluarga , sahabat handai dan taulan untuk doa yang diberikan kepada mereka .

Salam,
NIA

18 comments:

  1. Ameen, semoga urusan haji dimudahkan Allah. :) Doakan sy dapat ke Makkah soon tawww, teringin sangat tapi susah sikit nak apply & plan bila diri ni jauh di perantauan. T__T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear ... Insyaallah sama-sama kita doa semoga hanis dapat ke Makkah jugak . Tapi , bukan dari sana senang je kan if student nak buat umrah . Ada baca dkt vocket student yang gie umrah masa belajar di perantauan

      Delete
    2. mungkin sebab saya perempuan kot, nak kena ada mahram. last time, pernah nak plan sy depart dr Prague, family depart dr KL. Kira jumpa kat Jeddah camtu. Tapi tak boleh masa tu. Mungkin ada cara lain yg saya tak tahu. Hehe

      Delete
    3. Aah laaaa dear ~ betul tue ... Nadia lupa pulak pasal mahram .... rasa mmg tak boleh cara tue . Saya pun tak pasti mcm mana cara lain . =D sbb perempuan mmg kena ada mahram . Jika umur dah 40 keatas dah tak payah ada mahram utk ke Makkah dan Madinah . =)

      Delete
  2. Alhamdulillahhh 😊😊 insyaAllah selmt semuanya. Aminnn...

    ReplyDelete
  3. Kakak pun ada pergi umrah sekeluarga tahun 2013. Tapi kakak tunaikan Haji pertama pergi tahun 2008 masa anak kakak masih kecik lagi. Memang kalau tengok org pergi ke tanah suci hati rasa sebak tak sama tengok org makan angin walau jauh mana sekalipun.

    Moga mama dan semua yg pergi mendapat haji mabrur. Rasa kakaklah ramai lelaki yg pergi akhir-akhir tarikh ni buat haji Ifrad sebab dah tak lama utk wukuf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaa rezeki akak gie Haji awal . Alhamdulillah . Nadia pun berharap dapat buat haji dalam umur yg masih muda . Insyaallah . Amin.

      Betul tue . Tak sedih bila dpt ke tanah suci atau tgk jemaah dapat ke sana . Tapi sebak nya tue ada . Lain sgt sgt perasaan dgn makin angin .

      Tq akak PV untuk wish . Insyaallah ye mama dan semua dapat haji mabrur . Amin. =)

      Rasanya mmg betul tue kak , buat Haji Ifrad . =)

      Delete
  4. Insyaallah selamat semua. Semoga beroleh Haji yang mabrur. Teringin aina nak ke sana. Semoga dapt menjejak kan kaki ke tanah suci satu hari nanti.. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimah kasih , Aina . Insyaallah satu hari psti Aina akan ada rezeki dan dipanggil ke sana . Amin . =)

      Delete
  5. Seronoknya muda2 dpat tunaikan umrah. Semoga family awk dpt haji yg mbrur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah wueen , rezeki . Terima kasih for the wish . Insyaallah amin .

      Insyaallah , satu hari awak pun akan dipanggil ke Makkah . =)

      Delete
  6. Alhamdullilah... Semoga dipermudahkan urusan di sana... Dan mendpt haji yg mabrur.. InshaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... Terima kasih , Cik La . Insyaallah. =)

      Delete
  7. Alhamdulillah syukur...muda2 lagi dah dpt jejak kaki ke mekah buat umrah..sis JM ni teringin sgt nk ke sana..dah daftar tetapi VISA x diluluskan kerana tiada mahram..belum rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masa rue diberi rezeki dipanggil ke sana . Insyaallah satu hari pasti ada rezeki JM dipanggil ke tanah suci . Hmmm kita perempuan susah skit nak lulus jika tak ada mahram . =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .