Salam semua ,
Hari nie aku nak share tentang satu buku yang ditulis oleh Aiman Banna bertajuk
Coklat Tarbiah .
Buku nie berunsurkan nasihat dalam kehidupan seharian kita . Ia ada jugak selitkan unsur keagamaan untuk dijadikan pedoman serta nasihat .
Aku tertarik nak beli buku nie sebab nampak perkataan " coklat " . Ingatkan tentang makanan . Hahaha... Rupanya buku berupa nasihat . Best jugak lah.
Nasihat-nasihat nya ringkas , senang faham dan ingat.
Harga buku nie tak mahal pun . Apa lah sangat nilai harga buku nie jika nak dibandingkan dengan nilai nasihat yang tertulis di dalam buku nie . Nasihat di dalam tidak ternilai . =D
Jom tengok isi buku nie . Dan beberapa nasihat yang aku suka kena dengan kehidupan kita seharian .
Muka surat pertama je dah menarik kata-katanya : Jangan Makan Buku Ini Guna Mulut Secara Realiti . Makan Guna Iman dan Hati, Lepas Itu Hadam dan Amal. =D
Ada #100 kata-kata dan nasihat di dalam buku nie .
Di sebalik nasihat-nasihat itu ada selingan komik yang berlaku di sekeliling masyarakat kita.
Komik-komik itu sekaligus memberi peringatan kepada kita .
Jadi , tak adalah boring sangat bila kita baca buku nie . =)
Bawah nie adalah nasihat tentang jodoh dan percintaan .
Bila aku baca nasihat #24 , aku teringat tentang arwah ayah .
Perancangan kami sekeluarga untuk hadir konvokesyen adik di Scotland dan bercuti di Switzerland diganti dengan pemergiaan Ayah .
Memang benar perancangan Allah itu terlalu sempurna untuk diduga . Tiada siapa antara kami sangka . Al-Fatihah, Ayah.
Bawah nie pula nasihat tentang Ibu .
Lagi dua nasihat terakhir .
Nak tahu lebih lagi tentang nasihat-nasihat lain , korang boleh lah beli buku nie ye . =D
Untuk baca nasihat lain secara online oleh Aiman Banna , boleh juga singgah blog Aiman :
Terima kasih , Aiman kerana menerbitkan buku yang bagus untuk bacaan semua orang.
Love,
NIA
boleh la pinjam dgn nadia :) kalau sudi nnt drop email ye :)
ReplyDeletenanti nadia whatsapp Mek ye =)
Deletebestnyaa buku ni dear..irda suka buku2 cam ni..ayat bersahaja ..tarbiah sentap ayat yg simple dan mudah difahami.tq for sharing dear
ReplyDeleteKannn.... Ayat bersahaja senang faham ... And remind kita jugak =D
Deletewah memang nampak menarik isi kandungan buku ni. kena beli sebuah
ReplyDeleteMemang menarik dear =)
DeleteTengok coklat rasa nak makan! Adehh
ReplyDeletekannnn... jom makan!!! SS nak choc apa ? =p
Deletemenariknya buku niiii, selalu dengar nama Aiman Banna tapi belum pernah baca buku dia :D
ReplyDeletehanisamanina.com
hihihi ... menarik jugak sebab simple je setipa konteks yang nak disampaikan =)
Deletewhoahh simple je ayat tapi deep meaning :)
ReplyDeleteyes ... sangat bagus kan . kita pun baca mudah faham =)
Deletesupaya senang nak baca review buku, kita follow sini #55
ReplyDeletefollow back ya kak and keep in touch :D
awww~ tq dear ... muax =D
Delete