Tuesday, August 9, 2016

Morning Routine

Morning , everyone .

Happy Tuesday . =D

 

Selalu korang bangun pagi , sebelum korang gie mandi untuk bersiap pergi kerja / belajar  korang selalu buat apa ? 

Macam aku , aku selalu mengamalkan 
simple morning workout

Dulu, sebelum kahwin mood aku workout memang rajinnnnnn sangat. Gigih bangun pagi  5:30 am . Lepas solat subuh, aku pergi jogging or running or naik threadmill . Then masak makanan healthy food . Baru bersiap untuk kerja. Satu hari aku workout 30 - 60 minit . 5 kali seminggu. Gigih tak? 

Lepas kahwin ? Hahaha... Confirm lah ke laut itu semua . Sebab itu , berat badan naik lah gak lepas kahwin sebab vitamin MALAS menebal dalam diri . Hihihi.

Tapiiiii~  aku masih kekalkan small morning workout . Sebab badan aku jenis senang naik , lambat nak turun . Dan routine itu untuk aku maintain perut yang kempis , rasa ada energy untuk pergi kerja , untuk maintain figure badan yang sihat. 

Antara workout yang aku buat bila bangun pagi sebelum mandi adalah seperti gambar di bawah . Tak ambil masa lama pun. 6 - 10 minit saja. Dan tak susah pun routine nya.

 

Percaya lah. Lepas korang workout , badan korang akan rasa ada energy . And feel fresh too. 

Aktiviti small workout nie untuk dapatkan badan yang sihat ( lean body - tak kerempeng sangat , tak gemuk sangat , tak ada lemak mengelebeh mana-mana) . 

Tapi, untuk masuk marathon ke kan , macam dalam entry aku sebelum nie . Aktiviti itu , mesti kena ada stamina dan memerlukan training . Reason is to avoid any injury .

Tapi kan , sebenarnya kan . Aku masa masuk SCKLM tue , tak ada training pun . Sebab malas. Jadi hanya berbekalkan positive mindset masa lari hari tue . Aku nasihatkan jangan lah ikut langkah aku ye . Hahaha... Apa-apa intensity workout kena ada training , itu yang terbaik .

Macam mana pula dengan korang? Apa morning routine korang? Sama tak dengan aku? 

Apa-apa pun let's we live in a healthy lifestyle together.

Selamat mencuba semua . 

Love,
NIA

12 comments:

  1. morning routine mek bangun mandi smyang je. hahahah. siap2 pegi keje. tak de workout. huhu. Unhealthy lifestyle :( too bad..

    Nadiah,
    mek ade tag awk dekat blog mek :)

    http://ajussix.blogspot.my/2016/08/i-accept-your-challenge.html

    kalau sudi join lerr :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Kdg2 kena buat sikit Mek ... =)

      Yeay!!!! Tq Mek tag Nadia ... Nnt nadia join ye =)

      Delete
  2. Reen small workout dengan hubby je Hihihi

    ReplyDelete
  3. tengok alarm clock pastu snooze -- boleh dikira morning routine jugak tak? heheh

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak dear ~ tue pun lart of routine nAdia juge bila malas hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. hihihi.... thanks hope akan maintain lah routine sampai bila2...kikiki

      Delete
  5. bangun pagi minum air terus mandi2 siap2 solat lepas tu cek notification di hp.. Fuh belum ada kerajinan lg nak workout pagi2 mcmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi...haaa~ check notoiication di hp pun salah satu routine nadia jugak tue ..kikiki

      Delete
  6. mcm x sempat jek kalau hari bekerja..kena bgn lagi awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tue mmg lah .. Bari kerja tak sempat unless bgn awal lebih skit . Tapi nadia sempatksn jugak... Cuma , if mmg tak terbgn lmbt . Tak dapek lah nak buat exercise so skip la utk hari bgn terlmbt tue je lah =p

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .