Salam dan Hello...
Again~aku nak share pasal Korean food.... Hihihi
Last time , masa hari raya ke - 5 . Balik dari rumah nenek suami aku , aku ajak suami ku teman aku makan di satu restoran Korea di Citta Mall . Nama restoran tue adalah - Mr.Dakgalbi .
Korang pernah dengar tak pasal restoran nie?
Restoran nie aku dah dengar pasal kewujudan nya dah lama . Tapi tak kesampaian nak cuba. Pernah aku ajak gengmakan aku sekali untuk cuba makan di restoran nie tapi kitaorang tak kesampaian nak gie makan sesama . Jadi, aku ajak lah suami aku. Sebab , dah raya ke-5 dah bosan dah dengan rendang ketupat bagai. Hihihi
Restoran nie dah ada 12 branch di Malaysia. Banyak kan? Maksudnya , dah lama dah restoran nie bertapak di Malaysia.
Ok , jom tengok rupa restoran nie di Citta Mall. Masa aku pergi tak ramai orang pun. =)
Deco di luar restoran |
Deco di dalam restoran |
Bawah nie adalah gambar menu makanan di restoran nie . Mostly , based makanan nya ada dakgalbi. Dakgalbi dalam bahasa Korea adalah ayam.
Menu Baru - tapi tak mampu nak cuba..sebab perut sudah kenyang |
Senarai branch restoran Mr.Dakgalbi di Malaysia |
Masa aku datang ke restoran nie , aku order fried rice set for two person . Sebabnya , fried rice set tue membuat kan aku teringat masa makan Yoogane ( nasi goreng korea ) di Myeongdong Korea . Jadi , nak cuba lah sama tak rasanya di Malaysia dan di Korea .
Cuma , di Korea order seafood lah kan . Di Malaysia , boleh lah order ayam .
Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak fried rice tue adalah :
- ayam yang dah marinated dengan sos Korea
- nasi
- seaweed
- cheese
- ramen
cheese , seaweed , nasi , ramen dan sos korea ke Gochujang kot ,,, hihi , ntaj tak tanya pun sebenarnya |
Sekarang , masa untuk memasak . Style cara memasak nya sama je dengan style masak di Korea iaitu ada orang yang datang masak kan untuk kita .
Mula-mula , masukkan ayam yang dah marinated . Sampai lah ayam tue dah masak .
Tak payah takot terpercik ke apa , ha ambik kau penghadang besar tue ...kikiki |
Lepas ayam dah masak , masuk kan nasi dan gaul sehingga sebati .
Bila dah sebati nasi dan ayam marinated tadi . Dia masuk kan cheese . Dan gaul sebati .
Lepas tue , dia masuk kan ramen .
Dalam beberapa minit , tadaaa~ siap dah nasi goreng korea
Seperti biasa , Korean food mesti datang dengan side dish . Side dish yang restoran nie bagi adalah kimchi , sup dan sayur kobis mayonis . Side dish nie bila habis korang boleh mintak tambah tanpa kena bayar additional price . Part nie sama macam di Korea . =)
Lepas dah siap semua . Tunggu apa lagi, time untuk makan . Bagi aku , rasa Yoogane nie lain sikit lah dari Yoogane yang aku makan masa di Korea . Obviously , Korea punya lagi sedap lah kan . Tak tahu lah apa yang kurang . Mungkin hmmm~ cuaca ? Hahaha ... =p
Nasib baik ada rasa pedas sikit . Pada pendapat suami aku , dia kata dia tak suka sangat . Dia lagi suka makanan di Street Cafe SS15 .
So, sebabkan mahal . Jadi , aku gigih habiskan sorang. Padahal , aku nie jenis makan nasi satu hari sekali dan nasi aku mesti suku atau separuh . Rasa nak nangis jugak lah sebab kena habiskan sorang. =,(
Suami aku jenis if dia tak suka makanan tue memang dia tak kan makan . Tak kira lah mahal ke murah . Hmmm~
Oh, sebelum aku lupa . Kedai nie yang aku nampak Pork Free je . Mungkin sebab kedainya ada serve beer kot .
Bagi aku , mungkin sekali nie je lah kot aku masuk . Sebab suami tak suka kan . Tapi tak tahu lah jika gengmakan aku ajak pergi makan sesama di restoran nie . Maybe pergi lah. Sebab gengmakan aku nie pantang dengar restoran atau cafe Korea . Laju je kitaorang nak cuba . Kikiki ...
Ok lah . Siapa nak cuba makan di restoran Mr.Dakgalbi boleh lah ke alamat bawah nie untuk branch Citta Mall:
Citta Mall, Lot No. G29 & G-A29, Ground Floor, No. 1,, 48, Jalan PJU 1a/3e, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Citta Mall, Lot No. G29 & G-A29, Ground Floor, No. 1,, 48, Jalan PJU 1a/3e, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Branch lain korang masuk lah ke website official Mr.Dakgalbi ye .
https://www.facebook.com/MrDakgalbi-Citta-Mall-870568646331637/
https://www.facebook.com/MrDakgalbi-Citta-Mall-870568646331637/
Selamat mencuba . Till then .
Love ,
NIA
tak pernah try ni. mane2 korean food tak pernah try. yg ramen pedas tu pon kalah. hahahha
ReplyDeleteMek , nanti cubalah try sekali makanan korea . Dkt Kota Bharu rasanya ada satu nama restoran korea ... tapi tak ingat nama kedai , nanti nadia tnyakan...sebab kawan pernah ke KB dan cuba mkn di restoran tue =)
Deletefirst time dgr restoran ini..nampak menarik makanannya..nk cuba nt
ReplyDeletememang menarik kak... nanti try lah akak...bleh bagi comments pulak nanti sedap ke tak ? kena tak dengan selera lidah akak ...hihihi =)
DeleteWohooo tk pernah cuba lagi yang ni.
ReplyDeletenanti EE try la dear =)
DeleteHaha. Memang betul pun gengmakan pantang dengar restoran korea. Kiki. Nanti jom pergi sini. Nak rasa sekali jadilah..confirm chika kena g dengan korang je, sebab aliff dah totally NO to Korean food. Okay minggu ni jom.. Hehehe
ReplyDeleteJommmm!!!! Nk try yg tobokki tue jugak ...
DeleteReen tak pandai makan makanan Korea.. >,<
ReplyDeleteHihi... Reen kena try sekali , mungkin lepas try reen suka =) hihi
DeleteDah macam style yooganee
ReplyDeleteKan SS , memang mcm yoogane ... Rindu korea , jom g korea lagi =) kiki
Delete