Hello , semua.
Adakah anda dalam mood raya lagi? Hihihi ....
Hari nie mesti ramai yang dalam perjalanan pulang ke KL . Esok dah start kerja balik ( aku dah kerja hari Jumaat hari tue lagi ) . Budak - budak pun dah mula sekolah esok . Confirm traffic jem hari nie .
Kepada yang memandu hati-hati dijalan raya ye. Jadilah pemandu yang berhemah (pesanan penaja jap). =p
Meh aku share cerita Syawal ke-3 dan Syawal ke-4 aku.
Syawal ke-3
Cerita Syawal ke-3 ( Jumaat ) aku tak ada apa sangat. Sebabnya , aku kerja hari Jumaat tue. #gengmakan aku pun kerja . Dorang jaga negara Singapore dan Hong Kong , jadinya dorang kerja sampai pukul 2:30pm sahaja . Shift petang , orang negara Chennai , India jaga payment . Best gila~!!!!
Aku? Aku jaga negara kita yang tercinta nie, Malaysia. Kitaorang tak ada backup team dari negara lain .
Jadi, kena lah kerja buat payment sampai pukul 7 malam . Tapiiiii~ team aku balik pukul 9 malam sebab , dah cuti raya dua hari tambahan pula satu hari sebelum raya negara US cuti . Masyaallah . Tak terlayan dah tangan nie process payment . Volume untuk tiga hari. Pheewww~ Overall, we did a good job. Alhamdulillah.
Syawal ke-4
Raya hari ke-4 aku,giliran raya kampung suami pulak . Kampung suami aku tak jauh pun . Di Kapar , Klang je. Walaupun tak jauh tapi aku suka sebab feel raya tue lain sikit bila di kampung .
Bila aku balik sebelah suami aku, aku tak tahu kenapa aku dilayan seperti puteri . Hihihi .
Makan minum semua lah siap tersedia . Kadang aku nak basuh pinggan pun dorang tak bagi. Naik segan pun ada. Tapi, aku tak kesah pun dorang larang ke apa. Aku buat je . Hihihi .
Bila di kampung rasa tenang . Hihihi . Kami gerak dan sampai dalam tengahari macam tue . Sempat lah bergambar kejap di rumah nenek suami dan makcik nya.
Bergambar pulak di rumah nenek
Raya kan. Jadi kena lah ada gambar OOTD raya di kampung.
Suka baju nie . Top from Jovian Mandagie
Main pusing-pusing jap.
Gambar bawah nie , sebenarnya video boomerang dari Instagram . Hahaha.
Bila aku balik kampung, aku jadi sedikit jakun. Jadi, semua benda aku nak feel the experience . Sebab kan dah raya ke-4 tak ada lah bakar lemang , rendang , gaul dodol , rebus ketupat dah.
Aku main basikal di keliling rumah nenek pun aku dah terhibur. Hahaha.
Bila petang, ramai orang berkunjung ke rumah nenek dan makcik suami aku . Petang tue jugak , suami aku pasang hammock . Besttttt!!!! Tido dalam hammock tue. Bawak pokok berangin wei. Sampai terlelap aku.
Dah senja , suami aku pasang pelita . Sebab aku nak tengok . Malam raya kan tak balik sini . Hihi.
Lepas Maghrib , yeay!!! Main bunga api dan pasang fireworks besar tue . Seronok !!!!
Lepas main bunga api dan tengok fireworks . Sepupu suami aku bawak round kampung .
Cantik rupanya . Banyak tempat dan jalan deco dengan lampu-lampu.
Semua dah buat. Pelita dah , main bunga api dah , bakar fireworks dah . Round kampung dah . Bergambar di kampung dah . Main basikal dah . Hihi.
Dengan itu , tamat dah raya aku. Alhamdulillah . Allah beri peluang untuk rasa Syawal lagi tahun nie .
Insyaallah , Allah beri peluang lagi kepada kita untuk rasai Ramadhan dan Syawal tahun depan . Amin .
Lepas nie , mesti full weekend dengan open house lah. Wedding lah kan ? Hihihi .
Ok lah, semua. Apa cerita Syawal korang pulak . Jom lah share atau tinggal kan komen di ruangan aku yang tak seberapa nie.
Sampai ketemu lagi kita .
Salam.
Love,
NIA
selamat hariraya izzati..rare sangat naik basikal pakai baju raya tau..btw cantik baju ..patotlah jovian gitew..hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya too dear~ =) .... Hahaha rare ke ? Tq... Kebetulan je terjumpa top tue ... Nway thanks =)
DeleteAkak dan suami akak sporting masa tangkap gmbar. Hihihi
ReplyDeleteHihihi .... Tq dear~ =) .... Saja je amik gmbr lain skit ... Asyik gmbr sopan je kan =p
DeleteBest kan raya di kampung.
ReplyDeleteaah best...feel raya kampung lain sikit feel raya di bandar ...hihii...terima kasih singgah =)
DeleteLayan macam puteri ehh... He he he...
ReplyDeletehuahuahuawaaaaa....
Deleteselamat hari raya. bestnya dpt main bunga api, mercun :)
ReplyDeleteHihihi best ... Tue suka jugak lah if balik side suami ... Side dia je dpt merasa main tue semua =)
DeleteSelamat hari raya
ReplyDeleteSelamat hari raya too dear =)
Deletebest raya kat kg.. feel dia lain.hihih.
ReplyDeleteslmt hari raya dear. maaf juga kalau ada slh silap ya..
btw, top tu mmg cun!!
Selamat hari raya too dear ~ kan Nuyui ... Raya kampun feel lain hihihi
DeleteSeronoknya momen raya kat sana. =)
ReplyDeleteHihihi best !!! Salam perkenalan , tq singgah , follow dan comment =) .... Selamat hari raya
Deleteseronok dapat beraya dalam suasana kampung macam tu kan, meriah dengan lampu tu haa
ReplyDeleteKan kak AA ... Raya kampung memang feel nya lain skit kemeriahan tue . =)
DeleteCantik! Selamat hari raya! :)
ReplyDeleteTq dear~ selamat hari raya too~ =)
Deletewahh, seronoknye..cantiklah lampu2 tu.. :)
ReplyDeletehihihi ... Kannn~ cantik deco lampu-lampu yg dorang buat... Tq singgah ye awak =)
Deletesuweet sgt korang niiiii ^,^ <3
ReplyDeleteAlamak malunya... Btw, tq dear =)
Delete