Thursday, July 7, 2016

Cerita 1 Syawal dan 2 Syawal 1437H

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin , semua . 

Macam mana raya korang tahun nie ? Dah balik ke KL atau masih di kampung halaman nie? 

Kepada yang masih cuti , seronoknyaaaa~ . 
Kepada yang dah balik ke KL , high 5 sikit . Satu geng lah kita .

Meh aku cerita sikit 1 Syawal dan 2 Syawal aku tahun nie . 

1 Syawal 
Dalam entry Selamat Hari Raya 2016 sebelum nie >>>
click here to read more , aku ada cerita yang aku Raya di Shah Alam dulu .

Pagi raya, kami solat raya di Masjid Besar Shah Alam. Pertama kali , kami raya di Shah Alam . Selalunya pagi raya mesti dah ada di rumah atuk nenek - samada di Melaka atau Penang.

Pertama kali jugak lah solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Besar Shah Alam . Meriah masjid Shah Alam pagi tue . Perkataan yang keluar , " eh , orang tak balik raya ke ? ." Barulah tahu yang ramai lagi orang yang termasuk dalam #teamrayakl sama seperti aku . Hihihi.

Yang lebih menarik perhatian aku adalah view di Masjid Shah Alam pagi tue . Semua yang hadir untuk solat Raya , mostly adalah foreigner . Tapi , aku pulak rasa macam kami yang beraya di perantauan . Hahaha .

Ramai kan foreigner raya di Malaysia nie.
 

 

Dari kiri : Mama , adik aku dan adik ipar ku
 

Beautiful curve in Masjid
 

Selepas solat raya , kami terus menuju ke kubur arwah ayah . Pertama kali jugak kami lihat ramai orang ziarah ke kubur . Selalunya , tiap-tiap hari minggu kami ziarah kubur arwah Ayah , tak lah ramai orang . Kadang - kadang tak ada orang lansung . Hihihi .

Yang menarik lagi , siap ada beberapa gerai kecil menjual air minuman , air mawar dan bunga-bungaan.
Lain rupanya pemandangan di kubur jika Hari Raya dan bukan Hari Raya . 

Dari kubur kami terus pulang , menikmati juadah raya sedikit .

Daging Babbu - signature dish Mama ku
 

Ayam masak Ros
 

Perut dah terisi . Lepas tue kami bersiap - siap memakai baju raya masing-masing untuk bergambar sekeluarga sebelum kami gerak pulang ke rumah atuk nenek di Melaka.

Kami sekeluarga
 

Aku, suami dan Mama
 

Aku dan suami - gambar wajib atau gambar cliche dulu, hahahaha . Alhamdulillah . Tahun kedua beraya sebagai suami isteri .
 

Gambar rupa perangai sebenar kami. =p
 

Solat raya sudah , makan sudah , bersalam-salaman sudah , bergambar sudah . Apalagi ? Gerak lah balik Melaka . Ingatkan tak jem balik raya pertama . Jem teruk ok . Jem dari Nilai sampai lah ke Seremban . 3 jam perjalanan nak sampai ke Melaka . Jika tambah lagi sejam dah boleh sampai Penang dari KL . Hahaha.

Tapi , yang penting . Kami selamat sampai di rumah Atuk Nenek . Alhamdulillah . 

Sampai je rumah atuk nenek , juadah tradisi setiap hari raya Aidilfitri adalah signature dish sambal udang makcik aku . Memang terbaik wei sambal udang nya . 

Gambar tak sempat nak tangkap . Lapar sangat . Hahaha.

Perut dah kenyang , perasaan pun bahagia lah kan . Hahaha. Dalam entry Posisi Tido Hari Raya >>>> click here to read more , aku ada cerita bila masa Hari Raya je mesti keluarga aku akan cari hotel , hostel atau homestay untuk tidur . Sebabnya , rumah atuk nenek aku kecil . Tiada ruang . Hihihi .

Jadi , lepas kami makan . Aku , suami , adik aku dan sepupu aku gerak ke hotel yang aku book untuk check in . 

Nama hotel nya adalah 1825 Galllery Hotel . Nanti aku akan blog lebih details pasal hotel nie . 

Ia adalah butik hotel . Kecil je hotelnya tapi sangat cantik ok !!!! 

 

 

Bila cantik maksudnya apa ? Bergambar lah kita apa lagi kan ? 

Jadi , kami bergambar di Garden hotel . Suami aku malas layan kami bergambar jadi , servis tripod lah diperlukan . Hahahaha.

Jom layan beberapa gambar kami sempat tangkap di sekeliling Garden hotel nie . 

Suka hotel nie !!!! Belakang hotel nie boleh tembus Sungai Melaka . Nampak tak dalam gambar aku bawah nie? Hihihi . 
 

Jom layan beberapa gambar kami yang lain . Hihihi.

 
 

Salam - bersalaman lah kita 
 

My one and only sister
 

 

Dah habis bergambar . Tunggu hujan reda petang tue sebelum pulang ke rumah atuk nenek . Lepas Maghrib , kami beraya ke rumah Makcik kami pulak . 

Nie lah semua sepupu aku... Nie pun tak semua yang ada sebab ada yang balik ke rumah atuk nenek yang lagi satu dulu . =)
 

Gambar atas nie , maksudnya berakhir lah cerita 1 Syawal aku. Jom baca apa cerita 2 Syawal aku pulak.

2 Syawal
Hari kedua Raya tak banyak cerita sangat . Sebabkan aku , adik laki aku dan suami kena kerja pada hari Raya Ketiga iaitu hari Jumaat . 

Jadi , awal pagi kami check out dari hotel pulang ke rumah atuk nenek kami.

My morning view - coffee or tea Dear Mr Hubby ? =)
 

Dalam perjalanan pulang , aku teringin pulak minum coconut shake . Jadi , mencuba nasib lah kan , kot lah kedai nya buka . Rezekiiiii lah nampaknya kalau ia buka.

Jadi kami singgah lah ke Coconut Shake Batu Berendam . Aku lagi suka yang Batu Berendam punya dari Klebang . Hihihi . Taste orang lain - lain kan .

Bila sampai ke kedai nya . Alhamdulillah . Buka wei !!!! Rezeki hari raya lah maksudnya .

Tapaulah sekali 10 bungkus terus . Aku beli je mana lah tahu sepupu di rumah atuk nenek nak jugak . Hihihi .

 

Sampai rumah atuk nenek . Berita terbaik adalah . Makcik aku masak asam pedas daging tetel . Tahu tak daging tetel ? Hahahaha . Bahagian daging yang ada isi dan lemak. Lemak banyak sedap . Hahahaha . Makanan yang kurang sihat tapi raya kot . Bukan selalu . Lagipun only in Melaka . Jika di Shah Alam , susah nak dapat daging tetel nie .

Kami jamah sikit sebelum aku , adik aku , suami ku dan adik ipar aku gerak pulang Shah Alam . 

Dan , aku mintak makcik aku yang aku nak tapau sikit asam pedas nie . Makcik aku memang the best cooker in the world . Memang semua dia masak sedap . 

Paling kami suka adalah sambal udang dan asam pedasnya. Asam pedas makcik aku tak dapat nya lah dekat kedai-kedai jual asam pedas yang selalu orang katakan sedap tue . Sebab aku dah pergi semua kedai - kedai tue , jadi aku berani lah bagi review . Tapi , taste lidah orang lain-lain kan ? So , no offence . Hihihi .
 

Selepas satu jam lebih perjalanan . Kami selamat sampai ke Shah Alam . Alhamdulillah . Tak jem . Mama ku dan adik aku lagi dua akan pulang hari Sabtu nanti . Sebab dorang cuti lagi . 

Bila sampai rumah , rutin harian bermula . Kemas rumah , lipat baju , cuci baju semua kena buat lah . 

Habis dah Hari Raya . Puasa sunat Enam pula aku target nak mulakan  minggu depan . Dannnn~ aku kena jaga makan , diet dan be fit . Sebabnyaaaa~ 17 Julai ada marathon. 10km pulak tue . Rutin fitness kena start balik dah . Good luck for me . 
 

Sebelum aku akhiri entry nie . 

 Sekali lagi , aku mengucapkan 
Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin  
buat semua . Ampun maaf jika aku ada terkasar dalam penulisan aku , terkasar bahasa , terguris hati , terkomen yang tak best di blog korang , terlupa nak singgah blog korang dan semua lah . Maafkan ye . Salam 0-0 ye . 

Jangan lupa makan berpada-pada ye . Main mercun ke bunga apa ke pun berpada-pada . Kepada yang memandu , hati-hati memandu . Kepada yang start kerja esok . Jom kita kerja bersama - sama .

Sampai ketemu lagi . 

Love ,
NIA







19 comments:

  1. SS pon kena diet... Lepas raya dah fly semula... Pasang kuda-kuda... Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom diet sesama .... Fly ke mano~~~~~ nak ikut SS wei !!!! =)

      Delete
  2. nampak meriah raya dan makanan pun sedap2 ye :D
    all the best kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .... All the best to you too~ =)

      Delete
  3. saya pun #teamrayaselangor hmmm #teamrayakl pun boleh kut sebab kl dengan selangor sebelah2. #teamtakraya pun ya jugak. #teamtakbalikkampung pun ye jugak TT^TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa aisya termasuk dalam semua # group tue ? Memang tahun nie tak balik kmpg ?

      Delete
  4. selamat hari raya nia..maaf zahir batin ye..bestlah hotel tu cantik dapat bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak , Kak AA . Aah best . Sebab hotel lawa =)

      Delete
  5. selamat hari raya aidilfitri.

    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya maaf zahir dan batin jugak , dear =)

      Delete
  6. asam pedas tetel. dap nyer...
    atok nenek di melaka ye. oic...
    yes agreed. aida pun prefer batu berendam dari klebang.
    biasa nyer aida gi siap makan-makan kat situ. until now lom sempat nak repeat ke situ nak makan yong tau foo nyer.
    ramai aje org, especially weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn~ nadia pun suka daging tetel asam pedas ... Yeay!!!! Kita satu geng suka batu berendam punya coconut shakr . Betul-betul, memang ramai je selalu. Teruja jugak lah sampai hari raya pun dorang buka kedai . =)

      Delete
  7. Cantik sungguh baju raya korang semua. And pengambilan gambar dan tempat pon lawa. Memang kena sesangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq singgah dear ... And thanks . Hihihi tempat hotel tue mmg lawa =)

      Delete
  8. salam..hi
    SELAMAT HARI RAYA..
    wahh happening btul raya ..
    beshnyer.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ... Hihihi ... Alhamdulillah raya still meriah even ada jugak kesedihan . =)

      Delete
  9. meriah jugak masjid shah alam tu ye..ramai org..

    menarik gambar family tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tak sangka jugak meriah rupanya masjid shah alam masa raya aidilfitri even ramai foreigner dari orang kita . Hihihi ...

      Tq for the compliment for our family picture . Alhamdulillah . =)

      Delete

Thank you for reading and comments . (^_^) .