Salam , semua .
Tarikh 22 Jun , adalah hari istimewa buat aku . Ia adalah hari aku dilahirkan di muka bumi Allah . Yang membuatkan hari jadi aku tahun ini ( 22 Jun 2016 ) lebih bermakna kerana hari jadi aku jatuh sama tarikh dengan Nuzul Quran ( Kalendar Islam - 17 Ramadhan ) .
Nuzul Quran
Nuzul Quran adalah peristiwa dimana Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekaligus 30 juzuk kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat .
Seperti yang kita semua sedia maklum . Sebagai Umat Islam , Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan agar hidup kita sejahtera di dunia dan akhirat .
Hadiah Hari Jadi
Pada pagi hari jadi aku , aku sangat lah rasa bersyukur dan gembira mendapat ucapan dari keluarga dan kawan - kawan . Sesungguhnya mereka masih ingat hari jadi aku . Alhamdulillah .
Ucapan istimewa yang terlintas di benak fikiran aku adalah ucapan hari jadi dari arwah ayah aku .
Ucapan arwah ayah kepada aku pada hari jadi aku tahun lepas : " Happy Birthday , Kakak . Umur dah semakin pendek . " Al-fatihah , Ayah .
Pada hari ini jugak , hadiah yang paling istimewa dan lain pernah aku dapat dari Mama .
Pada asalnya , Mama ajak kami sekeluarga berbuka puasa bersama di satu event anjuran Syria Care kolaborasi bersama Kengkawan Project . Aku tak sangka ada kejutan yang Mama sediakan buat aku.
Sebelum aku menceritakan lebih lanjut tentang event Iftar itu . Meh cerita sikit tentang Syria Care . =)
Korang pernah dengar tentang Syria Care tak ? Syria Care adalah salah satu badan NGO yang mengumpul dana dalam membantu sahabat - sahabat Islam kita di Syria . Mereka jugak ada membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ahli sukarelawan membantu sahabat - sahabat kita di Syria.
Mama adalah salah seorang ahli di Syria Care . Jadi apa jua aktiviti yang dianjurkan , mereka akan beri notification kepada ahli Syria Care .
Untuk lebih lanjut tentang mereka : boleh visit akaun Instagram , Facebook atau official website Syria Care .
Boleh jugak terus ke pejabat Syria Care yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam .
Iftar event yang di anjurkan oleh Syria Care kolaborasi bersama Kengkawan Project nie adalah bertujuan iftar sambil bersedekah sempena Nuzul Quran .
Event diadakan di Talent Lounge , Damansara Perdana.
Acara dimulakan dengan ceramah dari Ustaz dan diikuti dengan Bacaan Al-Quran dari adik - adik qariah kita .
Merdu sangat suara adik - adik nie
Sebelum azan Maghrib berkumandang menandakan telah berbuka puasa . Tiba-tiba , MC mengumumkan " Pada hari ini adalah hari istimewa buat saudari Nadiah Izzaty Azmi . Mari kita sama-sama mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saudari . Semoga dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh yang terbaik . Insyaallah " . Terus aku paling ke arah Mama dan senyum . Terkejut dengan surprise tue .
Ha ~ masa MC tue cakap part " semoga dipertemukan Jodoh yang terbaik " , aku nampak suami aku gelak besar . Hahaha .
Suami aku yang pakai baju hijau kuning tue ye , sebelah nya adalah adik aku
Ucapan yang mengejutkan itu membuat kan aku gembira dan pada masa yang sama ada sikit segan jugak lah . Ye lah umur dah 30 tahun kannnn~ hahaha....
Tapi , aku sangat berterima kasih kepada Mama untuk ucapan surprise dan mengajak kami ke event yang sangat terbaik . Ia adalah satu pengalaman yang berharga buat kami . Pada masa yang sama , kami dapat berkenalan dengan rakan - rakan baru .
Di event ini , yang menarik nya . Konsep makanan yang disediakan adalah konsep "makan beramai-ramai di dalam dulang " .
Pertama kali , aku pernah makan beramai-ramai di dalam dulang adalah masa aku dan keluarga mengerjakan umrah . =)
Menurut organizer event mengapa mereka memilih konsep ini adalah untuk kita bersama-sama menghayati makan secara berkongsi . Apa orang cakap " sharing is caring " .
Ia jugak memberi kesedaran kepada kita supaya tidak membazir makanan sekaligus mengingatkan kita pada sahabat seIslam kita di Syria , Gaza yang susah untuk mendapatkan makanan . Mereka kadang-kadang ada yang tidak makan sampai berhari - hari . Sungguh besar dugaan Allah beri . Masyaallah .
Kita pula setiap hari harus bersyukur negara kita kaya dengan makanan. Dengan rezeki Allah beri ini . Ia memberi kesedaran dan peluang kepada kita untuk membantu mereka yang berada di Syria dan Gaza . Insyaallah .
Semasa berbuka hanya Kurma , air dan kuih muih disediakan .
Selesai berbuka dan solat Maghrib berjemaah . Makanan di dalam dulang seperti gambar dibawah disediakan.
Kami
Makan beramai - ramai
Sementara semua menikmati juadah yang disediakan . Kami dihiburkan dengan persembahan dari Caravan of Praise . Salah satu ahli nya terdiri daripada bekas kumpulan Flop Poppy - Andy .
Merdu suara mereka
Setelah masuk Isyak . Persembahan dihentikan . Solat Isyak dan terawikh berjemaah dilakukan .
Tetapi , kami tidak dapat turut serta Solat Isyak dan Terawikh bersama mereka . Atas permintaan Mama , kami pulang selepas waktu Isyak .
Sebelum pulang , semua yang hadir diberi door gift .=)
Tapi , khas untuk aku dari Syria Care dan Kengkawan Project . Mereka menghadiahkan aku dua keping CD album dari persembahan tadi secara percuma . Alhamdulillah . Suka aku sebab tertarik dengan lagunya dan suara mereka merdu.
Antara dua lagu yang boleh di muat turun dari iTunes atau Spotify adalah :
Jangan Bimbang - Adeep Nahar / Andy Flop Poppy / Erwan Muhibbain / LOKA feat Altimet
Dan lagu Untuk Cinta nyanyian Erwan Muhibbain
Selain itu , jika nak dapatkan full CD boleh contact KengkawanProject ye .
Itulah cerita Hari Jadi aku yang ke 30 tahun . Alhamdulillah , ianya adalah event yang indah . Pengalaman yang indah .
Terima kasih , Mama untuk semua nie .
Till then .
Love , NIA
Alhamdulillah...seronok dapat surprise maam tu kan, selamat hari lahir Nia..Moga dipanjangkan usia, tapi betulkan bila tiba hari lahir kita sebenarnya semakin singkat usia kita ni..moga Nia diberikan kebahagiaan dunia & akhirat.
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tue lah mmg seronok sebab lain sambutan hari jadi Nia mama plan kan .
DeleteThanks AA . Insyaallah ye . Amin. 😍