Salam semua ,
Haaaa~ seperti yang kita sedia maklum . Zaman sekarang , bukan perempuan je tau yang nak ber - fashion . Lelaki zaman sekarang lagi pandai bergaya dari perempuan . Apa orang panggil , lelaki " metroseksual " . Hihihi .
Apa tue metroseksual ? - Lelaki yang sangat menjaga cara mereka ber-fashion dan penampilan mereka .
Sebab itu lah , industri fashion sekarang bukan lagi hanya fokus pada perempuan sahaja . Ramai designer sekarang mengeluarkan koleksi untuk lelaki dan juga perempuan .
Jom kita lihat , antara " fashion line " hari raya yang dipilih oleh kaum lelaki sekarang .
1) Baju Melayu
Baju Melayu tidak dapat disangkal lagi adalah pakaian tradisional untuk lelaki . Ia masih dikekalkan tradisi nya . Cuma sekarang , ada yang mengeluarkan koleksi baju melayu hipster . Macam - macam kan ? Nampak pelik tapi ia adalah satu pembaharuan dalam fashion dan kreatif juga.
Baju melayu senang di dapati di mana - mana shopping mall atau Jalan TAR , tempat yang paling dikunjungi ramai bila tiba musim perayaan . Hihihi .
Jom kita lihat beberapa gambar dari instagram shop dan jugak online shop : Zalora dan Fashion Valet
Insta shop : Elrah - terkenal dengan keluaran Jubah . Tapi tahun nie Elrah mengeluarkan baju melayu X Wak doyok .
Kedai textile yang terkenal di Malaysia , tak lain tak bukan Jakel . Mereka mengeluarkan baju melayu X beberapa artis terkenal seperti Dato Ac Mizal , Nabil , Jep Sepatu , Awal Ashasri , Aaron Aziz .
Baju melayu dari online shop , seperti bawah .
Zalora
Baju Melayu Zalora dari dua fashion designer terkenal : Rizalman dan Tsyahmi
Suka sangat warna baju melayu dari Rizalman dan Tsyahmi nie . Tapi bila tanya suami ku , dia kata tak payah beli baju melayu tahun nie , dia nak pakai baju melayu masa tunang . Hahaha . Dia kata membazir bukan pakai selalu pun baju melayu . Aku pun ikutkan saja .
Zalora dan Fashion Valet ada koleksi baju melayu hipster . Bagi aku design nya lain . Dan ada sentuhan batik , menarik jugak . Tapi bila tanya suami sudah pasti jawapan nya " tak nak lah saya pakai baju macam nie ". Hahaha .
2) Jubah
Jubah dah mula trending di kalangan kaum Adam . Hihihi . Reason mereka nak pakai jubah adalah " tak payah pakai samping " . Adik lelaki aku pun sudah mula nak pakai jubah untuk raya . Dan suami ku baju raya tahun lepas dia adalah jubah . Hihihi .
Jom lihat beberapa koleksi jubah dari instagram shop dan online shop . Jubah pun dah senang untuk dicari dan boleh di beli dimana - mana shopping mall.
Jakel pun ada mengeluarkan koleksi jubah
Rizalman for Zalora
Fashion Valet
3) Kurta
Kurta adalah baju yang panjang mencecah ke paras lutut dipadankan bersama seluar . Asal kurta nie adalah dari negara - negara seperti Bangladesh , Pakistan , India , Sri Lanka , Nepal . Tapi tahun nie dah jadi trending juga di kalangan kaum lelaki di Malaysia . Ye lah . Kurta pun senang dipadankan dengan jeans . Jadi penampilan mereka nampak lebih casual . Jom lihat beberapa contoh Kurta .
Rizalman for Zalora
Fashion Valet
Aku suka konsep mix and match yang dikeluarkan oleh Aere - RnadiaSabrina . Koleksi Aere kebanyakan nya tidak dijual satu set baju serta seluar . Ia dijual berasingan . Jadi , jika tidak mahu pakai kurta dengan seluar yang warna sama, boleh dipadankan dengan jeans . Dan seluar boleh dipadankan dengan mana-mana kemeja . Sangat menarik konsep koleksi Aere .
Jom lihat beberapa koleksi Aere Men
Pilihan mana yang suami / tunang / teman lelaki anda suka untuk hari raya tahun nie ?
Raya semakin hampir . Cepat pergi ke mana - mana shopping mall untuk beli baju raya . Atau pun , jika malas nak ke shopping mall , boleh membeli secara online . Tetapi rasanya , hari ini ( 29/6/2016 ) adalah hari akhir pos laju terima postage untuk di pos .
Zalora pun masih ada sale . Cepat terjah . Hihihi .
Selamat ber-fashion semua . =)
Till then .
Love ,
NIA
Nadiah sendiri bagaimana :) kakak pun rasa nak pakai baju kurung dengan seluar ala ala kurta tu :) sebab masih kejar budak2 ni
ReplyDeleteKannn~ kak BP ... Kurta tue mcm sangat casual . Nadia pun minat yg design Aere Men tue =)
DeleteNia..! Hehehe mcm mana persiapan raya.? da beli baju raya tak? Aina tahun ni ada kurung moden (baju nikah aritu) n ada few jubah LRC n Jubahsouq. Sekarang ni selesa pakai jubah.. senang nak langkah laju2 =P. Untuk husband pulak pakai baju melayu cekak musang.. =)
ReplyDeleteHi aina ~ nia lama tak blog walking ...baju raya dah siap dah , ada yang tempah dan beli jugak ... Hihihi , waaa bagusnya pakai baju nikah ... Nia nie nak pakai baju nikah dah tak muat dah =( ... Jubah LRC ? Tak pernah dgr ... Jubahsouq pernah dgr . Betul!!! Jubah senang , kdg ada material yg tak payah gosok , sarung je kan ... Oh husband awak still memilih baju melayu , baju tradisi kita kan .... Husband nia pun katanya malas nak beli baju nak pakai baju tunang je . Kikiki
Deleteberkenannn. lg pulak baju mek tak siapppp!
ReplyDeleteHihihi ... Mek berkenan yang mana tue ? Kenapa boleh tak siap pulak nie ? Cuba citer .
Delete