Salam semua ,
Semalam masa scroll FB . Aku ternampak post seperti gambar di bawah .
Biasalah . Lumrah kita sebagai manusia pasti ada terlintas di benak fikiran dan hati untuk compare diri kita atau life kita dengan orang lain .
Boleh jika kita nak compare diri kita atau life kita dengan orang lain sebagai motivasi diri untuk menjadi yang lebih baik .
Tapi , bila mengenai ibu bapa kita . Tidak perlulah kita nak compare ibu bapa kita dengan ibu bapa orang lain.
Ibu bapa kita adalah hadiah yang terbaik Allah beri kepada kita . Sepertimana mereka merasakan kita adalah hadiah terbaik yang Allah berikan kepada mereka . Allah Maha Mengetahui .
Kaya atau miskin ibu bapa kita . Mereka ada masa atau tiada masa untuk kita . Mereka tetap ibu bapa kita . Kita sebagai anak kena terima mereka seadanya .
Sebagai anak , selalu lah kita berterima kasih kepada ibu bapa kita . Bersangka baiklah terhadap ibu bapa kita . Balas jasa mereka . Sebelum semuanya terlambat. Sebelum ibu bapa kita pergi bertemu Ilahi.
Siapa pun ibu bapa kita . Apa pun ibu bapa kita . Mereka tetap ibu bapa kita di dunia dan di akhirat . Yang paling penting , kita masih mempunyai ibu bapa . Jadi , kita haruslah bersyukur kepada Allah setiap masa kerana menghadiahkan kita ibu bapa yang paling terbaik . #selfreminder
Al-fatihah buat arwah Ayah ku .
Love , NIA
Moga arwah ayah Nadiah ditempatkan bersama orang beriman. Bersyukur itu terima seadanya dan hargai seboleh mungkin dan tidak menyoalkan apa-apa kan..
ReplyDeleteAmin . Tq kak BP . Betul tue kak BP . Kita kena bersyukur kita ada ibu bapa yang terbaik . =)
DeleteKakak dah tak ada mak (alfatihah buat almarhumah mak).
ReplyDeleteNamun kakak masih bersyukur biarpun kami hidup miskin kami beruntung punya ibu-bapa yg celik ilmu - biarpun susah kami tetap ke sekolah. Kalau tak entah apalah jadi kami adik-beradik.
Al-fatihah kak buat almarhum ibu akak . Betul tue . kita kena sangat sangat bersyukur ada ibu bapa yang terbaik . =)
Deletebetul, agree dengan ue nadia :) Tak perlu compare. Ap2 pun jangan compare. Mesti ad pros and cons masing2 but ayah dan ibu, anugerah tak ternilai.
ReplyDeleteKan Mek . Ibu bapa adalah anugerah buat anak-anak =)
Delete