Aku tahu aku belum habis lagi update entry Spring trip Korea 2016 aku dengan Hanis . Seriously , semua dah dalam draft tinggal nak masuk kan gambar dan publish.
Masa aku update entry nie . Aku sedang transit di Rome untuk ke London . Haaaa~ sapa yang baca blog aku mesti tertanya . Dah Korea trip ... London pulak ? Dan , aku nak publish details Korea tue . Tapi , masyaallah . WiFi di airport Rome nie , tersangat lah menguji kesabaran . Nak loading gambar untuk masuk kan dalam blog pun punyalah slow .Hihihi.
Ceritanya kenapa aku boleh ke London pulak? Sebab trip nie di request oleh mama ku . Kata mama nak pergi trip satu family . Ye lah , sepatutnya tahun lepas trip kami sekeluarga ke Edinburgh untuk attend ceremony convo adik laki aku . Tapi , semua dah tertulis dengan cantik oleh-Nya . Ayah pergi meninggalkan kami . Tarikh adik aku convo adalah tarikh ayah pergi bertemu Ilahi. Al-fatihah .
Salah satu sebab trip London nie kerana mama ku telah pun habis i'ddah dan kata mama nak conquer her sadness by going travel to London yang tahun lepas tak jadi .
Jadi, kami semua turuti . Kelam kabut jugak masa aku nak beli tiket . Sebab plan nie last minute dan masa tue aku masih di Korea .
Nak dapatkan tiket yang paling murah dalam keadaan last minute sangat lah susah . Tapi tiket yang aku dapat tak lah murah sangat pun kan. Tengok skyscanners tiket yang paling murah aku beli nak ke London yang ada , kena transit dua negara baru sampai London. Aku jenis kurang minat transit nie . Biar penat berjam - jam. Touch down je dah boleh rehat . Tapi if ke US lain la ceritanya . Hihihi.
Tiket aku dari KLIA transit ke Abu Dhabi . Di Abu Dhabi 3 jam je . Jadi tak boleh lah nak kuar airport . Dari Abu Dhabi transit ke Rome,Italy . Di Italiy nie yang transit 10 jam . Jika ke mana-mana negara yang waktu transit nya lebih 6 jam . Memang boleh keluar airport untuk jalan-jalan sightseeing sekejap .
Jadi , aku dan suami plan nak sightseeing at the famous Colosseum , Trevi Fountain dan Pantheon .
Tapi kami sempat visit Colosseum dan Trevi Fountain saja due to time constraint . Ye lah . Sampai je airport cari kaunter untuk mintak boarding pass kami ke London . Di Malaysia , dorang kata boarding pass from Rome to London tak dapat nak print kan . Lepas dah settle hal boarding pass . Kitaorang cari kaunter informasi tanya macam mana nak ke interest places tadi . Dia bagi map subway dan metro . Serious , orang - orang Italy tersangat lah helpful . Dah lah lelaki dan perempun dorang pun lawa dan hensem . Sebabkan limited time , jadi naik train la yang paling senang dan cepat untuk sightseeing .
Bawah nie map subway / metro di Rome .
1) Colosseum
Dari Airport Fiumiono nak ke Colosseum adalah dalam masa 50 min ke 1 jam naik train . Direction nak ke Colosseum , kena naik train dari airport Fiumiono Aeroporto station ( line color gray ) ke Roma Termini .
Di Roma Termini , tukar line color biru gelap ke Colosseo station .
Harga tiket dari Fiumiono Aeroport ke Roma Termini dalam Eur 14 / pax . One way . If nak beli return siap-siap pun boleh .
Boleh beli tiket macam gambar - gambr di bawah :
Mula-mula tukar bahasa ke bahasa inggeris .
Tekan " Buy your ticket " . Kitaorang amik yang sekali beli je sebab transit sekejap je kan .
Pilih arrival destination - Roma Termini
Pilih time yang korang nak . Kitaorang pilih time 9:23am . Sebab nya masa beli tiket tue , jam pun dah pukul 9:02am . Train paling cepat 9:08am . Sebabkan tak familiar tempat kitaorang tak nak take risk tertinggal train . Dah decide nak time mana , tekan di gambar cart .
Lepas tue , screen bawah appear . Click berapa orang travellers . Dan harga semua appear. Click forward .
Then, screen di bawah appear . Click forward .
Lepas tue , screen payment appear . If korang nak beli return tiket click di tab " also buy return " . If tak nak , terus je click purchase tab .
Dah kuar screen macam di bawah . Apa lagi. Bayor le. Hihihi.
Lepas complete payment . Tunggu beberapa minit tiket pun keluar . Gambar tiket macam di bawah .
Dah dapat tiket , cari lah platform train . Then, naik lah train ke station Roma Termini .
Nama train " Leonardo Express " .
Meh layan kejap gambar train nie .
*please ignore muka pale aku =p *
Selepas 1 jam perjalanan . Alhamdulillah sampai di station Roma Termini .
Lepas tue kena cari sign M = means metro . Nak ke Colosseum dari Roma Termini stop di station Coloseo.
Take note . Tiket Metro dengan tiket train Leonardo Express tadi tue . Lain ye . Nak naik Metro kena beli tiket lain . Mana nak beli ? Beli di mesin macm gambar di bawah .
Senang je nak beli nya . Tapi aku advice . If trip korang sightseeing macam aku nie . Better beli yang one time use je yang harganya EUR 1.50 . Sebab nak pergi dua tempat attractions je . If stay 1 day ke di Rome . Baru lah beli yang 24 hours punya yang harga EUR 7 . Sebabnya, aku dah tersalah beli . Aku beli yang EUR 7 yang boleh pakai untuk 24 jam .
Lepas dah beli , naik Metro tue ke Colosseo . Dari Roma Termini ke Colosseo , kena lalu tiga station je .
Dalam beberapa minit . Korang akan sampai ke station Colosseo .
Keluar je dari situ , korang akan nampak Colesseum tue depan mata korang . Serious speechless bila aku dapat tengok sendiri . Tapi , masa aku datang tue . Masyaallah . Ramai sangat orang .
Ikut hati memang nak masuk ke dalam . Tapi , nak beratur tue Masyaallah . Makan berjam - jam . Kitaorang nak kena rush ke airport pukul 12pm (waktu Rome ) . Dengan nak singgah satu lagi tempat . Jadi , kitaorang amik gambar di luar je . Atleast , ada memory dah pernah singgah Colesseum . Hihihi .
Colesseum nie kan tempat Gladiator games . Gladiator nie macam lebih kurang gusti, wrestling , etc . Tapi perlawanan masa zaman Rome . If korang pernah tengok movie Gladiator . So tahu lah pasal Colesseum nie . =)
Muka suami aku yang excited tengok askar Rome . Hahaha.
Bawah nie gambar dari jauh . Nak nampak the whole colesseum boleh snap dari atas bukit . Tapi nak masuk ke kawasan bukit tue , kena beli tiket jugak . Nak beratur ? Masyaallah . Hihihi .
Dalam 45 minit juga kitaorang dekat sini. Tengok jam , dah kena gerak pulak ke next place , Trevi Fountain .
2) Trevi Fountain
Nak ke fountain nie , dari colloseo station korang naikMetro tadi ke station Roma Termini . Sebabkan kitaorang dah beli tiket harga EUR 7 tue . Jadi , pakai je tiket tue . If korang beli tiket EuR 1.50 memang kena beli tiket baru ke fountain tue .
Dari Roma Termini , tukar train ke line merah heading to Barberini station . Di Barberini station korang keluar akan jumpa satu fountain sebelah kanan korang. Tapi Tue bukan Trevi Fountain ye . Nak ke Trevi Fountain kena jalan 7 minit lagi . Masa nie , aku on google map. Kena google map sebab jalan nak ke fountain tue memang belok kiri belok kanan .
Tapi jalan nak ke situ , akan lalu kedai - kedai makan yang serious cantik decoration nya . Akan lalu kedai jual beg-beg kulit .
Cantik kawasan nya.
Selepas tujuh minit . Jumpa lah Trevi fountain . Masyaallah ingat kan tak ada orang . Rupanya ramai jugak orang . Jadi , bila ramai nak amik gambar punya la susah . So , kita amik gambar sikit dan kami gerak balik airport .
Serious fountain nie cantik air nya . Dan ukiran nya cantik. Sebab apa ia famous . Sebab dorang percaya if campak coin dalam fountain nie akan datang balik ke Rome . Tapi aku tak campak pun coin . Hahaha .
Cantik kan air nya .
Lepas beberapa minit . Kitaorang gerak ke airport . Nak balik ke airport dari situ memang kena balik ke Roma Termini station . Beli tiket keretapi Leonardo Express tue jugak di Roma Termini . Route sama je macam korang datang tadi . If tak jumpa ke tanya je staff di situ . Dorang sangat helpful.
Selepas sampai di airport , rasa alhamduillah diberi peluang keluar untuk tengok atleast dua attraction places tue even dalam keadaan kelam kabut .
Pada pendapat aku . Rome cantik !!!! Sangat cantik dengan sculpture bangunan nya . Dengan scenery nya . Tapi satu je tak suka . Underground nya memang menakutkan . Sama macam Paris . Kotor .
Dan bila korang di Rome . Jaga beg korang betul-betul. Sebab Rome pun banyak scam . Dan , dimana-mana ada je korang akan nampak askar . Dorang pegang senapang yang macam askar tue tau . Bila macam tue nampak sangat crime rate tinggi . Tapi , if ada rezeki aku nak datang Rome lagi . I mean Italy juga . Dan bagi aku Rome patutnya jadi Kota Cinta . Bukan Paris . Hahaha.
Ok lah . Sekarang aku sebenarnya dah sampai ke Edinburgh . Unite dengam whole family aku. It was a hectic journey . Naik turun naik turun kapal terbang . But , it was a beautiful experiences. Dengan kaki tak baik lagi balik dari Korea . Hahaha. Tapi alhamdulillah. Allah beri aku rezeki dan peluang untuk rasa semua nie . Amin .
Aku nak share . Short footage video aku sepanjang perjalanan dari KUL - Abu Dhabi - Rome - London - Edinburgh . Shades of skies .
Hope entry aku dapat beri info dan enjoy the short video .
Thanks for reading . =)
Sorry, Video tak lawa mana sebab shoot pakai iPhone 6 dan editing pakai iMovie .
Till then .
Love ,
NIA
Colleseum tu menarik sangat! Lawa lak tempatnya :)
ReplyDeleteAah yank , Rome memang cantik
Delete